Sekiranya anda telah menyediakan dompet Bitcoin Cash (BCH) dan menambah alamat untuk penghantaran kripto dalam buku alamat anda, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ingat mengenai alamat BCH di Hata.
Sejarah BCH
BCH dicipta pada tahun 2017 hasil daripada proses fork Bitcoin (BTC). Oleh itu, format alamat legasi BCH pada asalnya adalah sama dengan format alamat BTC yang biasa. Bagi membezakannya daripada BTC serta mengelakkan kekeliruan dan kesilapan semasa menghantar dana antara platform, BCH telah memperkenalkan format alamat baharu yang dipanggil CashAddr (Format alamat Cash).
Alamat BCH
Hata menggunakan format BCH CashAddr dengan awalan "bitcoincash:" dan TIDAK menyokong alamat legasi. Walaupun format rasmi CashAddr merangkumi awalan "bitcoincash:", sesetengah bursa dan dompet kripto lain mungkin menyingkirkannya.
Berikut adalah panduan format yang betul:
Format yang TIDAK Disokong
CashAddr (tanpa awalan): pp06e7h69y8pk5hncew6j9yhmhx5478m55yhjm9zpu
Format yang Disokong
CashAddr (dengan awalan): bitcoincash
Legacy: 3AQuLex6ip4knGSEfivnj4nuCLUEcfV38X
Nota: Anda akan melihat mesej ralat sekiranya anda cuba menghantar BCH ke alamat legasi.
Jika anda perlu menukar alamat legasi anda kepada format alamat baharu yang disokong, anda boleh menggunakan alat penukaran ini: https://cashaddr.bitcoincash.org
