Langkau ke kandungan utama

Kenapa Alamat Deposit Saya Ditamatkan?

Hata sentiasa menaik taraf infrastruktur dompet kami bagi memberikan kecekapan yang lebih baik serta jaminan keselamatan dana buat para pengguna. Sehubungan dengan itu, kami akan menamatkan penggunaan alamat deposit dan memo pada infrastruktur lama (merangkumi kedua-dua platform Hata Malaysia dan Hata Global).

Bagi memastikan peralihan yang lancar, kami amat menyarankan para pengguna untuk menangguhkan seketika sebarang deposit kripto sebelum waktu naik taraf tersebut, dan hanya membuat deposit semula selepas menjana alamat deposit yang baharu.

Dana yang didepositkan ke alamat yang telah tamat tempoh adalah selamat dan tidak akan hilang. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa deposit yang dibuat ke alamat yang telah tamat tempoh tidak akan dikreditkan secara automatik. Pengguna boleh menghubungi Pasukan Khidmat Pelanggan Hata dalam tempoh 30 hari untuk bantuan pengkreditan deposit tersebut.

Langkah ini akan melibatkan rangkaian bagi semua mata wang kripto di Hata. Untuk mendapatkan alamat deposit serta memo (jika berkaitan) yang baharu, anda boleh log masuk ke akaun Hata melalui aplikasi atau laman web dan pilih "Terima" (Receive) pada mana-mana dompet mata wang kripto anda.

Naik taraf dompet ini dijadualkan pada jam 2 petang (GMT+8), 12 Ogos 2025.

Rangkaian

Memo Diperlukan

Ethereum (ERC20)

Tidak

Polygon

Tidak

Bitcoin (SegWit)

Tidak

TRON Network (TRC20)

Tidak

Litecoin

Tidak

XRP Ledger

Ya

BNB Smart Chain (BEP20)

Tidak

Dogecoin

Tidak

Cardano

Tidak

Solana

Tidak

Stellar

Ya

Bitcoin Cash (CashAddr)

Tidak

Avalanche (C-Chain)

Tidak

Cosmos

Ya

Hedera

Ya

Arbitrum One

Tidak

Algorand

Tidak

Near Protocol

Tidak

Polkadot

Tidak

The Open Network (TON)

Ya

Worldchain

Tidak

Sonic

Tidak

Alamat deposit lama tidak lagi boleh digunakan selepas migrasi dompet tersebut selesai. Oleh itu, kami mengesyorkan agar para pengguna mengemas kini buku alamat masing-masing dengan alamat dompet yang baharu selepas jam 2 petang (GMT+8), 12 Ogos 2025. Aktiviti deposit, pengeluaran, dan perdagangan yang lain tidak akan terjejas dalam tempoh ini.

Terima kasih atas sokongan anda.

Adakah ini menjawab soalan anda?