Layari www.hata.io dan klik [Dompet]. Seterusnya, pilih kripto yang ingin anda terima daripada Dompet Mata Wang Kripto anda.
Setelah anda memilih mata wang kripto yang ingin dihantar, klik butang [Hantar].
Pilih kaedah penghantaran anda sama ada melalui:
Secara Luaran ke dompet pengguna lain di luar Hata (melalui rangkaian kripto).
Secara Dalaman ke dompet pengguna lain yang mempunyai akaun Hata (melalui ID Pengguna/Emel Hata).
Antara Platform dari Hata Global ke Hata Malaysia atau sebaliknya.
Hantar melalui ID Pengguna ke dompet Hata yang lain
Untuk menghantar kripto melalui ID Pengguna atau e-mel Hata, anda dikehendaki mengisi maklumat penerima yang merangkumi:
ID Pengguna/E-mel Hata
Platform Hata (Hata Malaysia atau Hata Global)
Jumlah penghantaran
Nota (pilihan)
Klik [Seterusnya] selepas mengisi maklumat yang diperlukan.
Selepas memasukkan maklumat yang diperlukan, pastikan butiran penghantaran anda pada halaman pengesahan adalah betul dan klik [Sahkan] untuk memuktamadkan penghantaran kripto anda.
Sebagai langkah keselamatan, anda dikehendaki memasukkan kod pengesahan yang dihantar ke e-mel anda dan kod pengesahan dua faktor (2FA). Klik [Hantar kod] dan masukkan maklumat yang diperlukan. Pilih [Seterusnya] selepas memasukkan kod tersebut.
Tahniah! Anda telah berjaya menghantar mata wang kripto anda!
Hantar melalui Rangkaian Kripto
Jika anda menghantar ke alamat dompet melalui rangkaian kripto, pilih [Hantar melalui Rangkaian Kripto].
Anda dikehendaki untuk mengisi maklumat penghantaran pada halaman Penghantaran Kripto:
Rangkaian: Pilih rangkaian yang betul untuk penghantaran anda (cth: XRP Ledger). Pastikan ia sepadan dengan rangkaian pada dompet penerima.
Cara Memilih Rangkaian?
BEP2 merujuk kepada BNB Beacon Chain (dahulunya Binance Chain).
BEP20 merujuk kepada BNB Smart Chain (BSC) (dahulunya Binance Smart Chain).
ERC20 merujuk kepada rangkaian Ethereum. Mata wang kripto asalnya ialah ETH.
TRC20 merujuk kepada rangkaian TRON.
EOS merujuk kepada rangkaian Enterprise Operation System.
BTC merujuk kepada rangkaian Bitcoin.
BTC (SegWit) merujuk kepada Native Segwit (bech32), dan alamatnya bermula dengan "bc1". Anda boleh mengeluarkan atau menghantar Bitcoin ke alamat SegWit (bech32).
Bagi rangkaian seperti BEP2 atau EOS, anda wajib mengisi Memo semasa melakukan pemindahan, jika tidak alamat anda tidak dapat dikesan.
Pemilihan rangkaian bergantung kepada pilihan yang disediakan oleh dompet luaran/bursa tempat anda melakukan pengeluaran. Jika platform luaran tersebut hanya menyokong ERC20, anda mestilah memilih rangkaian deposit ERC20.
JANGAN sekadar memilih pilihan yuran termurah. Pilih rangkaian yang serasi dengan platform luaran tersebut. Sebagai contoh, anda hanya boleh menghantar token ERC20 ke alamat ERC20 yang lain, dan anda hanya boleh menghantar token BSC ke alamat BSC yang lain. Jika anda memilih rangkaian deposit yang tidak serasi atau berbeza, anda akan kehilangan dana anda.
Selepas anda mengesahkan rangkaian anda, klik [Seterusnya]
Alamat Dompet: Masukkan alamat dompet penerima. Anda boleh menyalin dan menampal alamat tersebut secara terus, atau klik ikon pengimbas untuk mengimbas kod QR dan mendapatkan alamat secara automatik.
Nama Penuh Penerima: Masukkan nama penuh penerima, atau hanya aktifkan butang [Alamat Saya] jika anda menghantar ke dompet luaran milik anda sendiri.
Jenis Dompet Penerima: Pilih sama ada dompet penerima adalah daripada Bursa atau Dompet Peribadi.
Dompet peribadi ialah dompet yang disimpan dalam komputer/peranti mudah alih/peranti perkakasan anda. Contoh: Trust Wallet, MetaMask, Exodus, MYEtherWallet dan lain-lain.
Dompet bursa pula biasanya merujuk kepada dompet yang disimpan dan disediakan oleh platform bursa dalam talian.
Contoh: Binance, Coinbase, Kraken, Bitstamp, Bitfinex.
Jika dompet tersebut adalah daripada bursa, sila masukkan dan pilih nama bursa yang berkaitan.
Jika dompet tersebut ialah dompet peribadi daripada platform terdesentralisasi, sila masukkan dan pilih nama platform yang berkaitan (contoh: MetaMask, Trust Wallet, Exodus dan lain-lain).
Jika anda menghantar ke dompet peribadi luaran, masukkan alamat dompet yang ingin anda hantar. Sila pastikan alamat tersebut disalin dan ditampal, bukannya ditaip secara manual, bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan alamat. Dana anda mungkin hilang jika alamat yang dimasukkan adalah tidak tepat.
Jumlah penghantaran: Masukkan jumlah yang ingin anda hantar.
Anda kini boleh menyimpan alamat yang baru ditambah dalam buku alamat anda untuk digunakan bagi penghantaran dana pada masa akan datang.
Selepas menekan [Seterusnya]
Pastikan maklumat penghantaran adalah betul pada halaman pengesahan. Leret untuk [Pengesahan]
Sebagai langkah keselamatan, anda dikehendaki untuk memasukkan kod verifikasi yang dihantar kepada e-mel dan juga kod Pengesahan-Dua-Faktor (2FA). Klik pada [Hantar Kod] dan masukkan maklumat yang dikehendaki. Pilih [Seterusnya] selepas memasukkan kod-kod tersebut.
Tahniah! Anda telah berjaya membuat penghantaran mata wang kripto!
Penghantaran melalui Pindahan Antara Platform
Dengan menggunakan fungsi pindahan antara platform, pengguna Hata kini boleh menghantar kripto kepada akaun mereka sendiri iaitu daripada Hata Global kepada Hata Malaysia atau sebaliknya.
Isikan maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan dan pastikan anda memilih platform yang betul. Klik [Seterusnya] untuk teruskan.
Pastikan maklumat pada halaman pengesahan adalah tepat dan klik [Sahkan] apabila anda telah bersedia.
Sebagai langkah keselamatan, anda dikehendaki untuk memasukkan kod verifikasi yang dihantar kepada e-mel dan kod Pengesahan-Dua-Faktor (2FA). Klik [Hantar Kod] dan isikan maklumat yang diperlukan. Pilih [Seterusnya] setelah selesai mengisi kod-kod yang diperlukan.
Tahniah! Anda telah berjaya menghantar mata wang kripto!
|
