Log masuk ke akaun Hata anda dan pergi ke bahagian [Dompet].
Di sini, anda boleh menyemak semua baki dompet dalam akaun Hata anda. Anda juga boleh melakukan pemindahan dana sama ada secara dalaman atau luaran.
Anda boleh melihat jumlah keseluruhan baki dompet anda. Nilai ini merupakan anggaran nilai baki anda dalam BTC, berserta anggaran nilai dalam mata wang fiat (sama ada dalam MYR atau USD bergantung pada platform yang anda log masuk).
Setakat tarikh penulisan ini, terdapat sebanyak 11 dompet mata wang kripto disokong yang boleh anda cipta pada Akaun Hata anda (Hata Malaysia), merangkumi:
Bitcoin (BTC)
Ethereum (ETH)
Solana (SOL)
Bitcoin Cash (BCH)
Cardano (ADA)
Litecoin (LTC)
Polygon (MATIC)
Chainlink (LINK)
Avalanche (AVAX)
Uniswap (UNI)
Ripple (XRP)
Di Hata Global pula, terdapat lebih daripada 30 mata wang kripto yang disokong. Sila layari laman web kami di www.hata.io untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai penuh mata wang kripto yang tersedia di platform kami.
