Langkau ke kandungan utama

Cara Menerima Mata Wang Kripto di Hata

Anda kini boleh mendepositkan atau menerima mata wang kripto ke dalam akaun Hata anda hari ini.

Sila rujuk video panduan YouTube kami di bawah:

Untuk panduan terperinci, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Layari www.hata.io dan klik pada [Dompet]. Seterusnya, pilih mata wang kripto yang ingin anda terima daripada Dompet Mata Wang Kripto anda.

  • Setelah anda memilih mata wang kripto yang ingin anda terima, klik pada butang [Terima].


  • Selepas itu, pilih rangkaian blokchain yang betul untuk menerima kripto anda. Pilih [Seterusnya] untuk meneruskan.

Cara Memilih Rangkaian (Network)

  • BEP2 merujuk kepada BNB Beacon Chain (dahulunya Binance Chain).

  • BEP20 merujuk kepada BNB Smart Chain (BSC) (dahulunya Binance Smart Chain).

  • ERC20 merujuk kepada rangkaian Ethereum. Mata wang kripto asalnya ialah ETH.

  • TRC20 merujuk kepada rangkaian TRON.

  • EOS merujuk kepada rangkaian Enterprise Operation System.

  • BTC merujuk kepada rangkaian Bitcoin.

  • BTC (SegWit) merujuk kepada Native Segwit (bech32), dan alamatnya bermula dengan "bc1". Anda boleh mengeluarkan atau menghantar Bitcoin ke alamat SegWit (bech32).

  • Bagi rangkaian seperti BEP2 atau EOS, anda wajib mengisi Memo semasa melakukan pemindahan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan alamat anda tidak dapat dikesan.

  • Pemilihan rangkaian bergantung sepenuhnya kepada pilihan yang disediakan oleh dompet luaran atau bursa (exchange) tempat anda melakukan pengeluaran. Jika platform luaran tersebut hanya menyokong ERC20, anda mestilah memilih rangkaian deposit ERC20.

  • JANGAN sekadar memilih pilihan dengan yuran termurah. Sebaliknya, pilih rangkaian yang serasi dengan platform luaran tersebut. Sebagai contoh, token ERC20 hanya boleh dihantar ke alamat ERC20 yang lain, dan token BSC hanya boleh dihantar ke alamat BSC yang lain.

Sila pilih rangkaian anda dengan teliti dan pastikan rangkaian yang dipilih adalah sama dengan rangkaian pada platform pengeluaran dana anda. Kesilapan dalam pemilihan rangkaian akan mengakibatkan kehilangan dana.

  • Satu alamat dompet akan dijana untuk anda. Sila pastikan alamat tersebut disalin (tekan butang salin) dan ditampal (paste) pada dompet pengeluaran anda. Elakkan menaip alamat secara manual bagi mengelakkan sebarang ralat tipografi. Dana anda mungkin hilang jika anda memasukkan alamat yang salah.

  • Selepas mengesahkan permintaan penerimaan, pemindahan tersebut akan diproses. Dana akan dikreditkan ke akaun Hata anda dalam tempoh yang singkat selepas itu.

Nota Penting:

  • Sila pastikan jumlah deposit anda adalah melebihi deposit minimum kami. Untuk nilai terkini mengenai penerimaan dana, sila rujuk halaman Yuran Hata di sini.

Adakah ini menjawab soalan anda?