Memindahkan dana dari platform luar ke Hata melibatkan tiga langkah utama:
Pengeluaran daripada platform luar.
Pengesahan daripada rangkaian blokchain.
Hata mengkreditkan dana ke dalam akaun anda.
Pengeluaran aset yang ditandakan sebagai "selesai" atau "berjaya" pada platform asal bermakna transaksi tersebut telah berjaya dipaparkan pada rangkaian blokchain. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk transaksi tersebut disahkan sepenuhnya dan dikreditkan ke platform tujuan. Jumlah "pengesahan rangkaian" adalah berbeza-beza mengikut rangkaian blokchain yang digunakan.
Contoh Situasi:
Josh ingin mendepositkan 1 BTC ke dalam dompet Hata miliknya. Langkah pertama adalah mencipta transaksi yang akan memindahkan aset daripada dompet peribadinya ke Hata.
Selepas transaksi dicipta, Josh perlu menunggu pengesahan rangkaian. Beliau boleh melihat status deposit tersebut sebagai "tertunda" (pending) di akaun Hata beliau.
Dana tersebut tidak boleh digunakan buat sementara waktu sehingga deposit selesai sepenuhnya (1 pengesahan rangkaian).
Sekiranya Josh memutuskan untuk mengeluarkan semula dana tersebut, beliau perlu menunggu sehingga 2 pengesahan rangkaian selesai.
Adalah menjadi kebiasaan untuk rangkaian mengalami kesesakan yang boleh menyebabkan kelewatan ketara dalam memproses transaksi anda. Anda boleh menggunakan ID Transaksi (TxID) untuk menyemak status pemindahan anda.
Sekiranya transaksi belum disahkan sepenuhnya oleh nod rangkaian blokchain, atau belum mencapai jumlah minimum pengesahan rangkaian yang ditetapkan oleh sistem kami, sila tunggu seketika. Hata akan mengkreditkan dana secara automatik sebaik sahaja transaksi disahkan.
Jika transaksi telah disahkan oleh blokchain tetapi masih belum dikreditkan ke akaun Hata anda, sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan Hata dan hantar tiket bantuan.
Hata hanya akan memaparkan rangkaian yang disokong oleh sistem kami. Jika anda melakukan transaksi melalui rangkaian yang tidak disokong, dana anda mungkin hilang dan tidak dapat dikembalikan.
Sebab-Sebab Kegagalan Deposit:
Gagal Mencapai Had Minimum Deposit:
Sebelum menghantar permohonan deposit, pastikan jumlahnya mencapai had minimum yang dinyatakan di halaman deposit Hata atau halaman Yuran Hata. Deposit di bawah jumlah minimum boleh menyebabkan kegagalan deposit dan kehilangan aset.
Deposit daripada Ganjaran Blok / Validator / Kontrak Pintar:
JANGAN tetapkan alamat Hata anda sebagai alamat penerima untuk ganjaran validator. Ganjaran validator yang dihantar terus dari nod ke alamat deposit Hata tidak disokong dan tidak akan dikreditkan. Ini akan mengakibatkan kehilangan aset anda.
Deposit Syiling atau Rangkaian yang Tidak Disokong:
Hata hanya menyokong deposit syiling yang disenaraikan di halaman aset pengguna dan melalui rangkaian blokchain standardnya. Sekiranya syiling atau rangkaian yang tidak disokong dihantar secara tidak sengaja, aset yang didepositkan tersebut AKAN HILANG.
