Pengguna Hata boleh memohon untuk memadam atau menghapuskan data peribadi tertentu yang berkaitan dengan akaun Hata mereka.
Untuk berbuat demikian, pengguna perlu menghantar tiket kepada Pasukan Sokongan Pelanggan Hata.
Pengguna boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menghantar tiket:
Di Pusat Bantuan Hata. Pilih [Ikon Fon Kepala] bawa bahagian bawah kanan.
Isikan butiran tiket anda. Butiran bagi setiap ruangan / bahagian adalah seperti yang diterangkan di bawah:
Pilih pilihan yang paling tepat untuk menggambarkan situasi anda.
Isikan [Nama] dan [E-mel]
Penerangan - Berikan maklumat terperinci mengenai isu, permohonan, atau soalan anda serta kongsikan butiran yang berkaitan.
Lampiran (Pilihan) - Anda boleh melampirkan sebarang dokumen sokongan yang relevan seperti gambar, tangkap layar (screenshot) atau dokumen rasmi berhubung isu atau pertanyaan anda.
Nota: Hanya fail berformat pdf, jpg, png atau tiff sahaja yang diterima.
Kemudian, tiket sokongan akan dibuat dan dan ejen kami akan menyemak isu yang dilaporkan.
