Sekiranya anda ingin memautkan alamat e-mel dan nombor telefon pada akaun baharu anda, tetapi maklumat tersebut sudah pun didaftarkan di akaun yang lain, jangan risau! Anda boleh menghubungi Pasukan Sokongan Hata dengan menghantar tiket melalui Aplikasi Hata atau Pusat Bantuan Hata.
Wakil perkhidmatan pelanggan Hata akan menghubungi anda untuk melakukan sedikit proses pengesahan keselamatan dan membantu anda memindahkan alamat e-mel serta nombor telefon ke akaun pilihan anda.
Nota Penting:
Anda cuma boleh memindahkan nombor telefon dan alamat e-mel sahaja. Anda tidak boleh memadam akaun anda, menetapkan semula Pengesahan Identiti (proses KYC) atau memindahkan aset melalui proses pemindahan ini.
Pengguna perlu memautkan kedua-dua nombor telefon dan alamat e-mel pada akaun asal terlebih dahulu. Kalau anda hanya memautkan salah satu daripadanya sahaja (nombor telefon atau e-mel), proses pemindahan ini tidak boleh diteruskan.
Setiap pengguna hanya boleh melakukan Pengesahan Identiti untuk satu akaun Hata. Semua akaun perlu disahkan sebelum anda boleh menggunakan produk dan perkhidmatan Hata, termasuk fungsi deposit dan pengeluaran kripto. Jadi, kami sangat mengesyorkan agar anda memindahkan e-mel dan nombor telefon tersebut ke akaun yang telah pun disahkan.
