Langkah 1: Buka Aplikasi Hata
Sebagai permulaan, buka aplikasi Hata dan klik [Daftar] untuk memulakan penyediaan Akaun Perniagaan Hata anda.
Langkah 2: Daftar untuk Akaun Perniagaan
Daftar untuk akaun Korporat di platform Hata kami.
Pilih [Korporat]. Sila pastikan anda telah memilih jenis akaun yang betul. Setelah didaftarkan, anda tidak akan dibenarkan untuk menukarnya.
Masukkan butiran yang diperlukan seperti e-mel dan kata laluan ATAU;
Daftar menggunakan akaun sosial.
Langkah 3: Sahkan Pendaftaran Anda
Sebaik sahaja anda telah memasukkan e-mel dan kata laluan, satu e-mel akan dihantar ke alamat e-mel yang telah anda gunakan untuk mendaftar Akaun Perniagaan Hata anda.
Klik pada [Sahkan E-mel Saya] di dalam e-mel yang telah dihantar tersebut untuk mengesahkan pendaftaran akaun anda dengan pihak Hata.
Setelah selesai, Akaun Perniagaan Hata anda telah berjaya dicipta, memberikan anda akses kepada Akaun Perniagaan Hata yang belum disahkan.
Langkah 4: Log Masuk Kali Pertama
Selepas Akaun Perniagaan Hata anda dicipta, anda dikehendaki untuk log masuk buat kali pertama dan melengkapkan beberapa soalan sebelum anda diberikan akses kepada Akaun Perniagaan Hata yang diluluskan untuk mula berdagang.
Layari www.hata.io/login dan log masuk ke Akaun Perniagaan Hata anda menggunakan e-mel dan kata laluan yang telah anda gunakan sebelum ini.
Seterusnya, anda akan diminta untuk memasukkan e-mel pelulus akaun*. Masukkan alamat e-mel tersebut dan klik [Seterusnya] untuk meneruskan proses.
*E-mel pelulus akaun adalah e-mel di mana anda akan menerima notifikasi transaksi yang penting.
Satu kod pengesahan e-mel akan dihantar ke e-mel pelulus anda. Sila masukkan kod yang telah dihantar tersebut.
Seterusnya, sila berikan nombor telefon mudah alih anda yang akan melindungi akaun anda dan memberikan anda amaran keselamatan. Masukkan nombor telefon anda dan klik [Seterusnya] untuk meneruskan.
Langkah 5: Pengesahan Perniagaan
Sebelum anda dibenarkan untuk melaksanakan dagangan di platform Hata menggunakan akaun korporat anda, anda diwajibkan untuk menyerahkan dokumen yang berkaitan bagi melengkapkan proses pengesahan perniagaan.
Terdapat 7 peringkat dalam proses pengesahan ini dan dokumen yang diperlukan termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
Sijil Pemerbadanan. (Certificate of Incorporation).
Daftar Pengarah. (Register of Directors).
Daftar Ahli (Pemegang Saham).
Butiran Alamat Berdaftar/Perniagaan. (Register of Members/Shareholders).
Bukti Sumber Dana
Penyata bank 3 bulan terkini.
Bukti Sumber Kekayaan
Jika dana pelabur - Penyata tunai dalam bank; ATAU
Jika pendapatan/hasil - Penyata bank, penyata kewangan; ATAU
Penyata/Borang Cukai Syarikat.
Bukti Alamat (di bawah nama syarikat)
Penyata bank; ATAU
Bil utiliti; ATAU
Perjanjian sewaan.
Kad Pengenalan/Pasport Pemegang Saham/Pemilik Benefisial Mutlak/Pengarah/Individu Diberi Kuasa.
Resolusi Lembaga Pengarah untuk melantik Penandatangan Sah dan Pengguna Platform (Templat Resolusi Lembaga Pengarah dilampirkan).
Lesen untuk menjalankan perniagaan (jika berkenaan).
Senarai dokumen di atas mungkin tidak menyeluruh; senarai penuh dokumen yang diperlukan akan diminta semasa proses pengesahan anda. Berikut adalah peringkat pengesahan perniagaan Hata:
Jenis Perniagaan (1/7)
Pada peringkat pertama (Jenis Perniagaan), kami akan bermula dengan mendapatkan beberapa maklumat asas seperti Negara Pemerbadanan, Negara Utama Operasi Perniagaan dan Jenis Perniagaan.
Butiran Perniagaan (2/7)
Pada peringkat kedua (Butiran Perniagaan), Hata akan mengumpul maklumat lanjut mengenai perniagaan anda seperti Nama Sah Perniagaan, Nombor Pendaftaran Syarikat, Jenis Perniagaan, dsb
Wakil Perniagaan (3/7)
Pada peringkat ketiga (Wakil Perniagaan), sila masukkan butiran individu yang mempunyai kawalan perwakilan dan pengurusan yang signifikan dalam perniagaan anda. Contoh individu bagi kategori ini adalah ahli Pengurusan Atasan (C-Level) atau Pengarah syarikat anda.
Pemilik Perniagaan (4/7)
Pada peringkat keempat (Pemilik Perniagaan), Hata akan mengumpul maklumat mengenai individu yang mempunyai pemilikan signifikan dalam perniagaan anda (25% atau lebih). Sila tambah semua individu yang memiliki 25% atau lebih perniagaan anda.
Pengisytiharan Sumber (5/7)
Pada peringkat kelima (Pengisytiharan Sumber), anda diwajibkan untuk mengisytiharkan asal usul:
a. Sumber Modal
b. Sumber Kekayaan
c. Sumber Dana Sila pilih sumber tersebut dan muat naik dokumen yang berkaitan untuk semakan pihak Hata.
Dokumen Sokongan (6/7)
Pada peringkat keenam (Dokumen Sokongan), anda dikehendaki untuk memuat naik dokumen sokongan yang akan menyokong proses permohonan akaun anda. Ini termasuk:
a. Sijil Pemerbadanan;
b. Daftar Pengarah;
c. Daftar Ahli atau Pemegang Saham;
d. Butiran Alamat Berdaftar Perniagaan;
e. Resolusi Lembaga Pengarah; dan
f. Sebarang dokumen tambahan. Sila muat turun templat Resolusi Lembaga Pengarah dan isikan dokumen tersebut dengan sewajarnya.
Semakan dan Selesai (7/7)
Pada peringkat terakhir, semak semua dokumen dan maklumat yang telah dimuat naik, klik [Selesai], dan anda telah melengkapkan proses pendaftaran untuk Akaun Perniagaan Hata anda!
Sila maklum bahawa pihak Hata mungkin mengambil masa sehingga 1 hingga 2 minggu (atau lebih) untuk meluluskan Akaun Perniagaan Hata anda. Apabila akaun anda telah diluluskan, anda akan dimaklumkan melalui e-mel. Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi kami dengan melayari www.hata.io dan menavigasi ke Pusat Bantuan kami untuk menghantar tiket. Wakil pekerja Hata yang mesra akan menghubungi anda dalam masa terdekat.
Penafian: Di Hata, kami berhak untuk menolak sebarang permohonan akaun perniagaan mengikut budi bicara mutlak kami, tanpa kewajipan untuk memberikan sebarang sebab. Keputusan ini mungkin berdasarkan faktor termasuk ketidakpatuhan terhadap terma perkhidmatan kami, maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat, keraguan mengenai kesahihan perniagaan, pelanggaran dasar sebelum ini, atau sebarang sebab lain yang kami anggap perlu untuk mengekalkan integriti dan kualiti platform kami.
