Langkau ke kandungan utama

Cara Mendaftar Akaun Peribadi di Hata

Mendaftar akaun Hata adalah sangat mudah! Anda boleh merujuk panduan video YouTube kami di sini secara pantas:

Atau rujuk panduan langkah demi langkah berikut:

  • Buka Aplikasi / Laman Web Hata dan klik [Daftar].

  • Pilih kaedah pendaftaran anda: alamat E-mel atau Akaun Google.

    Pendaftaran E-mel:

  • Masukkan e-mel yang sah dan cipta kata laluan yang kukuh.

Nota:

  • Kata laluan mestilah mengandungi minimum 8 aksara, termasuk satu huruf besar, satu simbol, satu huruf kecil, dan satu nombor.​

Baca terma perkhidmatan dan dasar privasi Hata, tandakan kotak semak, lengkapkan captcha, dan klik [Daftar].

  • Anda akan menerima kod pengesahan 6 digit dalam e-mel anda. Masukkan kod tersebut dalam masa 30 minit dan klik [Hantar].

  • Selepas e-mel disahkan, masukkan nombor telefon anda berserta kod negara (cth: +60 123456789) untuk mendaftar Pengesahan Dua Faktor (2FA).


Pendaftaran Akaun Google:

  • Sekiranya anda memilih akaun Google sebagai kaedah pendaftaran, pilih [Google]. Tab baharu akan muncul dan membawa anda ke halaman Akaun Google anda.

  • Pilih akaun Google anda dan ikut arahan yang dipaparkan untuk melengkapkan pendaftaran.

  • Seterusnya, lengkapkan proses Pengesahan Identiti dengan memberikan maklumat peribadi asas, alamat, pekerjaan, bukti alamat, swafoto, dan bukti kekayaan (warganegara Malaysia sahaja).

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengesahan Identiti, sila rujuk:

"Bagaimana Cara Melengkapkan Pengesahan Identiti? Panduan langkah demi langkah" di bawah bahagian Fungsi Akaun dalam ruangan Soalan Lazim (FAQ).

Tahniah! Anda telah berjaya mendaftarkan akaun Hata anda!

Adakah ini menjawab soalan anda?