Jika anda ingin menukar alamat e-mel yang telah didaftarkan dengan akaun Hata anda, ikuti sahaja panduan langkah demi langkah di bawah:
Log masuk ke akaun Hata anda, pergi ke [Profil] dan pilih [Keselamatan].
Pilih [Maklumat Log Masuk].
Pilih [Tukar Alamat E-mel].
Nota Penting:
Untuk memastikan akaun Hata anda sentiasa selamat, proses penukaran alamat e-mel hanya boleh dilakukan dengan menghantar tiket bantuan kepada pasukan Sokongan Pelanggan kami. Wakil perkhidmatan pelanggan Hata akan membalas tiket anda secepat yang mungkin.
Oleh kerana proses ini melibatkan langkah keselamatan, pertukaran e-mel mungkin mengambil masa sekitar 1 hingga 3 hari, bergantung pada giliran tiket dan tempoh masa pengesahan identiti anda.
Bagi melindungi akaun anda, fungsi pengeluaran dana akan digantung sementara selama 24 jam selepas e-mel anda berjaya ditukar.
Kenapa perlu buat pengesahan identiti? - Kami di Hata sangat komited untuk melindungi akaun anda. Kami perlu memastikan bahawa permohonan menukar alamat e-mel ini benar-benar datang daripada anda sebelum meluluskannya kepada e-mel yang baharu.
Selepas anda membaca dan bersetuju dengan Terma Penggunaan, dan masih mahu menukar alamat e-mel anda, klik sahaja [Hantar Tiket]. Anda akan dibawa ke Meja Bantuan Hata untuk berhubung terus dengan wakil sokongan pelanggan kami.
Untuk maklumat lanjut tentang cara menghantar tiket, sila rujuk kepada "Cara Menghantar Tiket" di bahagian tutorial dalam FAQ.
