Langkau ke kandungan utama

Cara untuk Menukar Nombor Telefon Mudah Alih

Sekiranya anda ingin menukar nombor telefon mudah alih yang didaftarkan pada akaun Hata anda, sila ikuti arahan langkah demi langkah di bawah:

  • Log masuk ke akaun Hata anda, pilih [Profil] - [Keselamatan].

  • Pilih [Maklumat Log Masuk].

  • Pilih [Tukar nombor telefon].




Nota Penting:

  • Bagi memastikan tahap keselamatan maksimum untuk akaun Hata anda, penukaran nombor telefon mudah alih hanya boleh diselesaikan dengan menghantar tiket kepada Pasukan Sokongan Pelanggan Hata. Wakil Pasukan Sokongan Pelanggan Hata akan memberikan maklum balas terhadap tiket anda secepat mungkin. ​

    • Disebabkan sifat proses ini, penukaran nombor telefon mudah alih mungkin mengambil masa 1-3 hari bergantung kepada masa giliran tiket dan masa yang diambil untuk melengkapkan pengesahan identiti anda. ​

    • Fungsi pengeluaran akan dinyahaktifkan secara sementara selama 24 jam selepas penukaran nombor telefon mudah alih bagi melindungi akaun Hata anda.

  • Mengapakah pengesahan identiti diperlukan? - Hata berhasrat untuk melindungi akaun anda dengan mengesahkan bahawa anda sememangnya yang memohon penukaran nombor telefon mudah alih sebelum memberikan kebenaran untuk menukar kepada nombor baharu.

  • Sebaik sahaja anda telah membaca dan menerima Terma Penggunaan dan masih ingin menukar nombor telefon mudah alih anda, anda boleh memilih [Hantar Tiket] untuk meneruskan ke Meja Bantuan Hata bagi menghubungi wakil sokongan pelanggan Hata. ​

Untuk maklumat lanjut mengenai cara menghantar tiket, sila rujuk "Cara Menghantar Tiket" di bahagian tutorial dalam ruangan Soalan Lazim (FAQ).

Adakah ini menjawab soalan anda?