Melengkapkan pengesahan identiti individu adalah sangat mudah! Ia hanya mengambil masa sekitar 5 minit untuk melengkapkan proses tersebut.
Atau, anda boleh merujuk panduan langkah demi langkah kami di bawah:
Log masuk ke akaun Hata anda. Anda akan diminta untuk melengkapkan pengesahan identiti terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan ke langkah seterusnya.
Selepas itu, klik [Mula].
Anda boleh memilih untuk meneruskan proses pengesahan identiti ini menggunakan komputer atau telefon pintar anda. (Penggunaan telefon pintar amat disyorkan bagi mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik).
Sila maklumkan kepada kami negara kediaman semasa anda. Selepas itu, pilih [Teruskan].
Sila pilih kewarganegaraan dan negara pemastautin cukai anda. Kemudian, pilih [Teruskan].
Seterusnya, kami memerlukan anda untuk melakukan pengesahan wajah secara langsung (liveness check) bersama dokumen pengenalan diri anda.
Bergantung pada negara pengeluar anda, anda perlu menyediakan sama ada kad pengenalan / NRIC (untuk warga Malaysia) atau pasport (untuk bukan warga Malaysia). Pilih [Seterusnya].
Anda boleh memilih [Teruskan] untuk mengambil gambar dokumen pengenalan diri anda dan melakukan pengesahan wajah secara langsung.
Nota:
Sila pastikan kebenaran kamera pada pelayar web (browser) anda telah diaktifkan di bahagian tetapan privasi dan keselamatan.
Sila pastikan anda mengambil gambar di dalam bilik yang mempunyai pencahayaan yang terang.
Sila pastikan gambar anda jelas, mudah dibaca, tidak kabur, atau terpotong.
Untuk mengambil gambar wajah yang jelas, sila pastikan:
Anda memandang terus ke arah kamera.
Anda menanggalkan cermin mata.
Wajah anda jelas dan mudah dilihat.
Gambar yang diambil tidak kabur.
Seterusnya, terdapat beberapa soalan mudah yang perlu anda jawab.
Bergantung kepada status akaun anda, anda mungkin diminta untuk menyerahkan dokumen-dokumen berikut:
Sumber kekayaan
Bukti alamat
Sumber dana
Nota Penting:
Memandangkan kami akan menyediakan platform yang selamat dan sah di sisi undang-undang untuk anda melabur dalam mata wang kripto alternatif yang mempunyai risiko serta ganjaran yang lebih tinggi, kami perlu memastikan bahawa anda memiliki aset boleh labur yang mencukupi untuk mendepani risiko tersebut.
Ini juga merupakan langkah perlindungan pelabur yang diwajibkan oleh pihak pengawal selia kewangan tempatan.
Di Hata, kami amat menghargai privasi anda dan menguruskan data peribadi anda secara sulit dan persendirian. Kami tidak berkongsi maklumat anda dengan pihak lain, kecuali untuk tujuan khusus yang tertakluk di bawah Dasar Privasi kami (Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Dasar Privasi Hata).
Tahniah! Anda telah berjaya melengkapkan proses Pengesahan Identiti! Sila tunggu dengan sabar selepas melengkapkan proses ini kerana pihak Hata akan menyemak data anda dalam kadar segera. Sebaik sahaja permohonan anda disahkan, Hata akan menghantar satu e-mel notifikasi kepada anda.
Nota:
Jangan muat semula (refresh) pelayar web anda semasa proses Pengesahan Identiti sedang berjalan.
Pengguna dibenarkan untuk mencuba melengkapkan proses Pengesahan Identiti sehingga 10 kali sehari. Jika permohonan ditolak sebanyak 10 kali dalam tempoh 24 jam, pengguna hanya boleh mencuba semula selepas tempoh 24 jam tersebut tamat.
