Langkau ke kandungan utama

Cara Menyemak Status Pengesahan Identiti (KYC)

Anda boleh menyemak status pengesahan identiti anda selepas menyerahkan maklumat anda kepada pihak Hata.

  • Layari hata.io, dan log masuk ke akaun Hata anda. Di bawah tab [Profil], pilih [Keselamatan]. Anda boleh melihat status keseluruhan pengesahan anda di sini. Status pengesahan boleh dikategorikan kepada: ​

    • Diluluskan (Approved): Pengesahan identiti anda telah diluluskan. Anda boleh mula berdagang menggunakan akaun Hata anda.

    • Ditolak (Rejected): Pengesahan identiti anda memerlukan maklumat tambahan. Sila serahkan semula maklumat anda.

    • Menunggu (Pending): Anda belum menyerahkan maklumat pengesahan identiti anda. Sila lengkapkan proses pengesahan identiti tersebut.

    • Tidak Lengkap (Incomplete): Anda telah menjeda(pause) proses penyerahan pengesahan identiti anda. Sila teruskan dan serahkan maklumat pengesahan identiti anda.

  • Jika anda ingin melihat butiran yang lebih terperinci, pilih [Status Pengesahan Identiti].

  • Anda boleh melihat pecahan maklumat yang perlu diserahkan kepada Hata bagi melengkapkan proses pengesahan identiti.

  • Sila lengkapkan pengesahan identiti anda untuk membolehkan aktiviti perdagangan dilakukan pada akaun Hata anda.

Adakah ini menjawab soalan anda?