Hata mewajibkan pengguna untuk melengkapkan Pengesahan Identiti bagi meningkatkan tahap keselamatan akaun pengguna. Sila rujuk "Cara Melengkapkan Pengesahan Identiti, Panduan langkah demi langkah" di bawah bahagian Fungsi Akaun dalam ruangan Soalan Lazim (FAQ) jika anda belum melengkapkan proses pengesahan tersebut.
Jika anda mengalami masalah berkaitan dengan pengeluaran, sila rujuk senarai sebab atau penyelesaian berikut:
1. Anda mengakses akaun anda daripada pelbagai alamat IP yang berbeza
Jika anda mengakses akaun anda daripada alamat IP yang berbeza-beza, sistem Hata akan menganggapnya sebagai “aktiviti yang mencurigakan” dan akan menggantung fungsi pengeluaran dari akaun anda secara sementara bagi melindungi aset anda.
Sila hubungi pasukan sokongan pelanggan Hata dengan menghantar tiket di Meja Bantuan Hata atau hantarkan e-mel ke [email protected] untuk mengesahkan identiti anda.
2. Anda belum melengkapkan pengesahan wajah
Jika anda belum melengkapkan pengesahan wajah (swafoto) dalam proses Pengesahan Identiti, anda tidak akan dibenarkan untuk membuat sebarang pengeluaran sehinggalah anda telah melengkapkan Pengesahan Identiti tersebut.
3. Terdapat masalah dengan Pengesahan Identiti anda
Jika maklumat yang anda serahkan untuk Pengesahan Identiti didapati tidak lengkap, fungsi pengeluaran bagi akaun anda akan digantung buat sementara waktu.
Sila hubungi pasukan sokongan pelanggan Hata dengan menghantar tiket di Meja Bantuan Hata atau hantarkan e-mel ke [email protected] untuk memberikan pengesahan identiti selanjutnya.
4. Anda belum mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor (2FA)
Pengesahan dua faktor (2FA) adalah amat penting untuk melindungi akaun anda. Ia bertindak sebagai dua kunci penjagaan yang mewujudkan lapisan keselamatan tambahan menggunakan alat seperti Google Authenticator, pengesahan SMS dan pengesahan e-mel.
Anda perlu mengaktifkan sekurang-kurangnya dua tahap pengesahan sebelum anda boleh mengeluarkan dana daripada akaun Hata anda. Sila pergi ke bahagian Keselamatan di halaman Profil anda untuk mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pengesahan Dua Faktor, sila rujuk "Cara Mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor (2FA)" di bawah bahagian Fungsi Akaun dalam ruangan Soalan Lazim (FAQ).
