Langkau ke kandungan utama

Cara Mencipta Kunci API (API Keys) di Hata

Membangunkan API membolehkan anda mewujudkan sambungan dengan pelayan Hata menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan. API ini memudahkan pengekstrakan data daripada Hata, lantas membolehkan interaksi dengan data ini di dalam aplikasi luaran. Melalui antara muka ini, anda mempunyai keupayaan untuk mengakses maklumat dompet dan transaksi anda, melaksanakan dagangan, serta mendeposit atau mengeluarkan dana di dalam perisian pihak ketiga.

Sila ambil maklum bahawa sebelum mencipta Kunci API, anda perlu melengkapkan pengesahan identiti terlebih dahulu. Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh merujuk artikel kami mengenai 'Cara Melengkapkan Pengesahan Identiti di Hata. Panduan langkah demi langkah'.

Untuk butiran lanjut mengenai API Hata, sila hubungi kami di [email protected] untuk mendapatkan akses kepada dokumentasi API kami.

  • Log masuk ke akaun Hata anda dan pilih [Keselamatan] di bawah ikon yang diserlahkan di bawah.

  • Pilih [API Keys].

  • Pilih [Add API Key].

  • Masukkan Label Kunci (Key Label - nama bagi kunci API anda) dan klik pada [Sahkan].

  • Seterusnya, lengkapkan kaedah pengesahan yang diperlukan.

    • Aplikasi Pengesah (Authenticator App): Masukkan kod pengesahan 6 digit daripada Aplikasi Pengesah anda. Jika anda memerlukan panduan lanjut mengenai cara menggunakan 2FA, anda boleh membaca artikel kami pada 'Cara Mengakses Pengesahan Dua Faktor (2FA) Anda'.

    • Pengesahan E-mel: Masukkan kod pengesahan 6 digit yang telah dihantar ke e-mel anda.

  • Setelah selesai, kunci API anda telah berjaya dicipta!

AMARAN PENTING: Jangan dedahkan Kunci API, Kunci Rahsia (Secret Key - HMAC), atau Kunci Peribadi (Private Key - RSA) anda kepada sesiapa pun bagi mengelakkan kerugian aset. Jika anda terlupa Kunci Rahsia anda, anda perlu memadamkan API tersebut dan mencipta kunci API yang baharu.





Adakah ini menjawab soalan anda?