Apakah itu Dagangan Spot?
Dagangan spot ialah kaedah membeli dan menjual aset berdasarkan harga pasaran semasa. Di Aplikasi Hata, dagangan spot merangkumi fungsi seperti pesanan pasaran (market order) dan pesanan had (limit order), yang membolehkan pengguna membeli dan menjual mata wang kripto untuk penghantaran segera atau pada harga yang ditentukan.
Walaupun pesanan pasaran dilaksanakan serta-merta pada harga pasaran semasa, pesanan had membolehkan anda menetapkan harga maksimum yang sanggup dibayar atau harga minimum yang sanggup diterima. Pesanan had ini mungkin tidak dipenuhi serta-merta, tetapi akan dilaksanakan apabila pasaran mencecah harga yang anda tentukan.
Panduan langkah demi langkah mengenai: Cara Melakukan Dagangan Spot di Aplikasi Hata
Untuk bermula, anda perlu memuat turun Aplikasi Hata daripada Apple Store atau Google Play Store anda. Seterusnya, anda dikehendaki untuk mendaftar dan log masuk ke akaun Hata anda. Untuk panduan langkah demi langkah bagi mendaftar akaun, anda boleh merujuk kepada artikel kami mengenai 'Cara Mendaftar Akaun Peribadi di Hata'.
Sebaik sahaja anda log masuk ke Aplikasi Hata anda, navigasi ke Bursa Hata (Hata Exchange) dengan memilih [Dagang] pada bar navigasi di bahagian bawah. Anda akan dibawa terus ke antara muka dagangan Spot.
Untuk mula berdagang, pilih [Beli] atau [Jual]. Dalam contoh ini, kita akan membeli dan menggunakan pasangan dagangan, BTC/MYR.
Seterusnya, pilih jenis pesanan yang ingin anda lakukan. Dalam kes ini, pesanan had digunakan dengan memilih [Had] dalam senarai juntai bawah (drop down). Jika anda ingin membuat pesanan pasaran (market order) atau pesanan had henti (stop limit order), sila pilih fungsi yang betul mengikut kesesuaian.
Untuk pesanan had, anda dikehendaki mengisi beberapa butiran sebelum dapat melakukan pembelian anda.
Masukkan harga yang anda ingin beli untuk aset BTC pada ruangan [Harga].
Laraskan jumlah BTC yang ingin anda perolehi pada ruangan [Jumlah].
Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk memasukkan jumlah keseluruhan mata wang fiat yang ingin anda belanjakan untuk membeli BTC pada ruangan [Jumlah Keseluruhan] (Total).
Setelah selesai, klik pada [Beli BTC] (Buy BTC) dan pesanan anda akan dibuat.
Anda akan dapat melihat pesanan anda di bawah [Pesanan Terbuka].
