Langkau ke kandungan utama

Apa itu Pesanan Pasaran & Cara Membuatnya

Dalam dagangan mata wang kripto, terdapat dua jenis pesanan utama: pesanan pasaran (market order) dan pesanan had (limit order). Pesanan pasaran melibatkan pembelian atau penjualan aset dengan segera berdasarkan harga sedia ada dalam buku pesanan (order book). Sebaliknya, pesanan had memerlukan anda menunggu sehingga harga mencecah tahap yang ditentukan atau tahap yang lebih menguntungkan sebelum ia dilaksanakan. Artikel ini menerangkan cara pesanan pasaran (market order) berfungsi serta langkah-langkah untuk membuat pesanan tersebut di Hata.

Apakah itu pesanan pasaran?

Pesanan pasaran dilaksanakan serta-merta berdasarkan pesanan beli dan jual dalam buku pesanan sebaik sahaja ia dimulakan oleh pengguna.

Dalam erti kata lain, fungsi pesanan pasaran di Bursa Hata membolehkan pengguna membeli atau menjual mata wang kripto secara instan berdasarkan harga dalam buku pesanan Bursa. Fungsi ini mengutamakan kepantasan berbanding harga, bagi memastikan transaksi dilaksanakan dengan cepat dengan memadankan pesanan pembeli dengan pesanan penjual sedia ada dalam buku pesanan.

Pesanan pasaran adalah ideal untuk pengguna yang ingin memasuki posisi dalam pasaran yang berubah dengan pantas dan kurang bimbang tentang potensi turun naik harga. Dengan menggunakan pesanan pasaran, pengguna Hata boleh memanfaatkan peluang dagangan segera dengan cekap tanpa perlu menetapkan had harga.

Fungsi pesanan pasaran boleh digunakan untuk membuat pesanan beli dan jual. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyedari bahawa jika anda membuat pesanan selepas sistem mengira jumlah yang boleh dicapai, mungkin terdapat perubahan ketara dalam harga aset. Ini boleh mengakibatkan aset yang diterima sedikit berbeza berbanding jumlah awal yang dikira sebelum pesanan dibuat. Dalam sesetengah kes, pesanan tersebut boleh gagal, terutamanya apabila nisbah beli/jual menghampiri atau berada pada tahap 100%.

Contoh pesanan pasaran

Pada harga semasa 2,400, jika anda memutuskan untuk membuat pesanan pasaran, ia akan dipenuhi serta-merta dengan harga terbaik yang tersedia di dalam buku pesanan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa purata harga pesanan anda yang dipenuhi (A) mungkin tidak tepat pada 2,400; ia boleh jadi sedikit di bawah atau di atas nilai tersebut.

Bagaimana cara untuk membuat pesanan beli pasaran?

Di Dagangan Hata, pastikan anda telah memilih [Pasaran]. Kolum harga akan secara automatik dilabelkan sebagai 'Pasaran' memandangkan anda akan membeli mata wang kripto pilihan anda pada harga pasaran semasa. Pada kolum 'Jumlah', masukkan amaun fiat yang anda sanggup bayar untuk membeli mata wang kripto tersebut. Sebagai pilihan alternatif, anda juga boleh melaraskan amaun fiat dengan menggunakan bar lungsur (slide bar).

Selepas memasukkan amaun mata wang fiat, klik [Beli BTC] dan anda telah berjaya membuat pesanan beli pasaran. Untuk mengetahui jumlah mata wang kripto yang telah berjaya anda perolehi daripada pesanan beli tersebut, anda boleh melihat butiran di bawah [Sejarah Pesanan].


Bagaimana cara untuk membuat pesanan jual pasaran?

Di Bursa Hata, pastikan anda telah memilih [Pasaran] (Market). Kolum harga akan secara automatik dilabelkan sebagai 'Pasaran' memandangkan anda akan menjual mata wang kripto pilihan anda pada harga pasaran semasa. Pada kolum 'Jumlah', masukkan amaun mata wang kripto yang ingin anda jual. Sebagai pilihan alternatif, anda juga boleh melaraskan amaun mata wang kripto dengan menggunakan bar lungsur.

Selepas memasukkan amaun mata wang kripto, klik [Jual BTC] dan anda telah berjaya membuat pesanan jual pasaran. Untuk mengetahui jumlah fiat yang telah anda perolehi daripada pesanan jual tersebut, anda boleh melihat butiran di bawah [Sejarah Pesanan].

Bagaimana cara melihat sejarah pesanan saya?

Jika anda menggunakan Laman Web Hata:

Adakah ini menjawab soalan anda?