Langkau ke kandungan utama

Apa itu Pesanan Had dan Bagaimana Cara Membuatnya

Apakah itu pesanan had?

Pesanan had adalah pesanan yang anda hantar ke buku pesanan (order book) dengan harga had yang ditentukan. Pesanan jenis ini hanya akan dilaksanakan apabila harga pasaran mencecah atau melepasi harga had yang anda nyatakan. Pesanan had adalah sangat bermanfaat untuk membeli aset pada harga yang lebih rendah atau menjualnya pada harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa.

Di bahagian Dagangan Hata, fungsi pesanan had membolehkan pengguna kami menetapkan harga maksimum yang sanggup dibayar untuk mata wang kripto semasa membeli atau harga minimum yang sanggup diterima semasa menjual. Berbeza dengan pesanan pasaran, pesanan had memberikan kawalan yang lebih besar ke atas harga pelaksanaan tetapi mungkin tidak dipenuhi serta-merta jika harga pasaran tidak memenuhi had yang ditetapkan. Fungsi ini sangat bermanfaat bagi pedagang yang mengutamakan harga berbanding kepantasan dan ingin memastikan mereka membeli atau menjual pada tahap harga yang diinginkan. Dengan menggunakan pesanan had, pengguna Hata boleh mengurus dagangan mereka secara strategik, sekaligus mengoptimumkan penentuan harga yang lebih baik dalam pasaran yang tidak menentu.

Contoh pesanan had

Pesanan Beli

Apabila anda menetapkan pesanan beli dengan harga had (C) di bawah harga semasa (A), pesanan tersebut akan dicetuskan dan dilaksanakan jika harga semasa (A) jatuh sehingga mencecah atau berada di bawah harga had yang dinyatakan (C). Sebaliknya, jika pengguna membuat pesanan beli dengan harga had (B) yang sama atau lebih tinggi daripada harga semasa (A), pesanan itu akan dipenuhi serta-merta pada harga yang hampir dengan harga pasaran semasa.

Sebagai contoh, jika harga semasa ialah 2,400 (A), dan anda membuat pesanan had beli dengan harga had 1,500 (C), pesanan tersebut hanya akan dilaksanakan sebaik sahaja harga jatuh ke 1,500 (C) atau di bawahnya. Manakala, jika anda membuat pesanan had beli dengan harga had 3,000 (B), iaitu lebih tinggi daripada harga semasa, pesanan tersebut akan dipenuhi serta-merta pada harga sekitar 2,400, bukannya pada 3,000.

Pesanan Jual


Jika anda menetapkan pesanan jual dengan harga had (B) di atas harga semasa (A), pesanan tersebut akan dilaksanakan apabila harga semasa (A) mencapai atau melebihi harga had yang dinyatakan (B). Sebaliknya, jika anda membuat pesanan jual dengan harga had (C) yang sama atau di bawah harga semasa (A), pesanan tersebut akan dipenuhi dengan segera pada harga yang hampir dengan harga pasaran semasa.

Sebagai contoh, jika harga semasa ialah 2,400 (A) dan anda membuat pesanan had jual dengan harga had 3,000 (B), pesanan itu tidak akan dilaksanakan sehingga harga mencecah 3,000 (B) atau meningkat lebih tinggi. Sebaliknya, jika anda membuat pesanan had jual dengan harga had 1,500 (C), yang mana lebih rendah daripada harga semasa, pesanan tersebut akan dipenuhi serta-merta pada harga sekitar 2,400, bukannya pada 1,500.

Bagaimana cara membuat pesanan had beli?

Untuk bermula, layari Bursa Hata dan pastikan anda telah memilih [Had].

  • Masukkan harga yang anda ingin beli dalam kolum [Harga]. Sebagai contoh, anda ingin membeli BTC pada harga 318,334 MYR.

  • Seterusnya, masukkan jumlah BTC yang ingin dibeli terus ke dalam kolum [Amaun].

  • Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menyatakan jumlah mata wang fiat yang ingin digunakan untuk membeli mata wang kripto pilihan anda dengan memasukkannya dalam kolum [Jumlah].

Sebagai alternatif, anda boleh menyeret bar lungsur (slider bar) untuk melaraskan jumlah mata wang kripto yang ingin dibeli. Peratusan tersebut adalah berdasarkan jumlah fiat yang berbaki dalam baki Dompet Spot anda. Sebagai contoh, anda memiliki 1,000 MYR dan ingin menggunakan 100% daripadanya untuk membeli BTC. Seret bar ke 100% dan sistem akan mengira secara automatik jumlah BTC yang anda boleh dapat dengan pesanan had tersebut.

  • Klik [Beli BTC] untuk membuat pesanan had beli. Sebaik sahaja harga pasaran mencecah harga had anda (atau lebih baik), pesanan had anda akan dilaksanakan.

Bagaimana cara membuat pesanan had jual?

Untuk bermula, layari Bursa Hata dan pastikan anda telah memilih [Had].

  • Masukkan harga yang anda ingin jual untuk mata wang kripto anda dalam kolum [Harga]. Sebagai contoh, anda ingin menjual BTC pada harga 318,334 MYR.

  • Seterusnya, masukkan jumlah BTC yang ingin dijual terus ke dalam kolum [Amaun].

  • Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menyatakan jumlah mata wang fiat yang ingin anda perolehi dengan menjual mata wang kripto anda dengan memasukkannya dalam kolum [Jumlah].

Sebagai alternatif, anda juga boleh menyeret bar lungsur (slider bar) untuk melaraskan jumlah mata wang kripto yang ingin anda jual. Peratusan tersebut adalah berdasarkan jumlah mata wang kripto yang anda miliki dalam baki Dompet Spot anda. Sebagai contoh, jika anda memiliki sejumlah BTC dan ingin menjual 100% daripadanya, seret bar ke 100% dan sistem akan mengira secara automatik jumlah MYR yang boleh anda perolehi dengan pesanan had tersebut.

  • Klik [Jual BTC] untuk membuat pesanan had jual. Sebaik sahaja harga pasaran mencecah harga had anda (atau harga yang lebih baik), pesanan had anda akan dilaksanakan.

Untuk tutorial langkah demi langkah tentang cara membuat pesanan had beli dan jual di Aplikasi Hata, sila rujuk artikel Cara Berdagang Spot di Aplikasi Hata.

Bagaimana cara melihat sejarah pesanan saya?
Jika anda menggunakan Laman Web Hata:

Adakah ini menjawab soalan anda?