Ciri Beli/Jual Segera di Hata membolehkan pengguna menukar mata wang kripto secara serta-merta tanpa perlu membuat pesanan di bursa (exchange). Ciri ini menawarkan cara yang cepat dan mudah untuk membeli atau menjual mata wang kripto pada kadar yang kompetitif, sekaligus memudahkan proses bagi mereka yang mahukan transaksi segera berbanding menunggu padanan pesanan dalam buku pesanan (order book). Ia sangat ideal bagi pengguna yang mencari pelaksanaan pantas dengan kerumitan yang minimum, menjadikan dagangan mata wang kripto lebih mudah diakses dan cekap.
Untuk panduan video tentang cara membeli atau menjual mata wang kripto secara segera, anda boleh merujuk kepada video panduan YouTube kami di bawah:
Anda juga boleh mengikuti panduan artikel langkah demi langkah kami:
Log masuk ke akaun Hata anda dan pergi ke [Dompet]. Di bawah Dompet Mata Wang Kripto, pilih mata wang kripto yang ingin anda beli atau jual. Dalam kes ini, kami akan menggunakan BTC sebagai contoh.
Selepas dibawa ke dompet mata wang kripto pilihan anda, pilih Beli atau Jual bergantung kepada jenis fungsi yang ingin anda lakukan.
Anda akan dibawa ke halaman Beli Segera/Jual Segera kami. Sekiranya perlu, anda masih boleh memilih untuk menukar jenis mata wang kripto yang ingin didagangkan. Masukkan amaun kripto yang ingin anda beli dan setelah disahkan, pilih [Minta Sebut Harga] (Request Quote).
Pilih [Terima Sebut Harga] (Accept Quote) selepas mengesahkan butiran transaksi anda. Sila sahkan pesanan anda dalam tempoh masa yang ditetapkan; jika tidak, klik [Muat Semula Sebut Harga] (Refresh Quote) di mana jumlah kripto yang boleh anda beli atau jual akan dikira semula berdasarkan harga pasaran semasa.
Tahniah! Anda telah berjaya membeli/menjual mata wang kripto di dalam akaun Hata anda.
