Langkau ke kandungan utama

Cara Menjamin Keselamatan Akaun Hata Anda

Artikel ini merangkumi beberapa pengesyoran untuk dilaksanakan oleh semua pengguna Hata apabila menggunakan akaun Hata mereka. Pengesyoran tersebut adalah:

  • Gunakan alamat e-mel dan kata laluan yang unik untuk akaun anda

Anda disyorkan untuk memasukkan gabungan abjad angka (alfanumerik) dan simbol pada kata laluan anda untuk meningkatkan kerumitan kata laluan anda. Pengurus kata laluan seperti LastPass atau KeePass boleh membantu anda menjejak dan mencipta kata laluan yang lebih rumit dan selamat dengan mudah.

  • Aktifkan 2FA pada akaun Hata anda

2FA menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada akaun anda sekiranya kata laluan anda dikompromi. Sila rujuk "Cara Mengaktifkan Pengesahan Dua Faktor" di bawah bahagian Fungsi Akaun dalam ruangan Soalan Lazim (FAQ) untuk maklumat lanjut.

  • Sentiasa semak alamat domain yang anda layari

Banyak laman web pancingan data (phishing) cuba meniru domain atau laman web Hata untuk memperdaya mangsa agar memasukkan maklumat peribadi dan sensitif mereka. Sila pastikan anda melayari laman web yang sebenar.

  • JANGAN klik pautan atau buka lampiran yang tidak diketahui di dalam e-mel

Melainkan anda benar-benar pasti e-mel tersebut dihantar oleh Hata, jangan klik pautan atau buka sebarang lampiran di dalam e-mel.

  • Lindungi akaun e-mel dan telefon anda serta gunakan kunci laluan (passkey)

Aktifkan cap jari, pengenalan wajah atau kunci kod laluan pada telefon anda. Gunakan penyedia e-mel yang selamat dan gunakan 2FA untuk akaun e-mel anda. Jika boleh, gunakan passkey.

  • Lindungi komputer anda

Jangan pasang perisian yang tidak perlu pada komputer anda atau perisian daripada sumber yang tidak diketahui. Jika boleh, pertimbangkan untuk menggunakan komputer atau pemetakan (partition) khusus untuk Hata dan aktiviti perdagangan. Kami mengesyorkan anda untuk memasang Linux, Chrome, plugin pengurus kata laluan, dan tiada perisian lain.

  • Langgan perisian antivirus yang baik dan pastikan ia sentiasa dikemas kini

  • Lindungi sambungan internet anda

Sentiasa gunakan sambungan berwayar (wired connection) jika boleh. Jika anda lebih gemar menggunakan sambungan tanpa wayar, pertimbangkan untuk menggunakan VPN dan menghalakan laluan trafik anda.

Sila ambil maklum bahawa senarai ini adalah tidak menyeluruh. Selain daripada di atas, sila berwaspada dan sentiasa mendidik diri anda mengenai keselamatan dalam talian secara umum. Penggodam sentiasa mencari cara baharu untuk melaksanakan serangan berniat jahat.

Adakah ini menjawab soalan anda?