Pemindahan merentasi platform atau pemindahan dalaman anda mungkin gagal disebabkan oleh pelbagai sebab. Di bawah adalah beberapa senario berbeza yang boleh menyebabkan transaksi tidak berjaya.
Sebelum mengenal pasti punca kegagalan pemindahan merentasi platform anda, adalah penting untuk memahami apa itu pemindahan merentasi platform dan pemindahan dalaman, memandangkan kedua-duanya merupakan ciri unik di Hata.
Pemindahan Merentasi Platform:
Pengguna boleh menggunakan dua platform di Hata, iaitu ‘Hata Global’ dan ‘Hata Malaysia’, di mana pengguna dibenarkan untuk melakukan transaksi masing-masing menggunakan USD dan MYR. Hata Global dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), manakala Hata Malaysia dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Melakukan pemindahan merentasi platform bermaksud pengguna memindahkan mata wang kripto ke akaun mereka sendiri di antara dua platform Hata tersebut.
Pemindahan Dalaman:
Pengguna juga boleh melakukan pemindahan dalaman di dalam aplikasi Hata. Ini merupakan keupayaan untuk melakukan transaksi penghantaran atau penerimaan kripto dengan menggunakan ID Pengguna Hata atau alamat e-mel yang berdaftar dengan Hata. Melalui pemindahan dalaman, pengguna Hata boleh menghantar kripto kepada pengguna Hata yang lain dengan mudah tanpa memerlukan dompet luaran.
Sebab-sebab mengapa pemindahan merentasi platform atau dalaman anda mungkin gagal:
1. Pengguna memulakan pemindahan dari (Hata Global ke Hata Malaysia) ATAU (Hata Malaysia ke Hata Global):
Situasi:
Salah seorang pengguna (pengirim atau penerima) tidak mempunyai akaun yang telah dicipta di Hata Global atau Hata Malaysia, ATAU platform yang salah telah dipilih.
Penyelesaian:
Sila pastikan anda (pengirim) dan penerima mempunyai akaun sah yang telah dicipta di platform spesifik yang bertujuan untuk melakukan pemindahan tersebut. Pastikan juga platform Hata yang betul telah dipilih sebelum melakukan pemindahan merentasi platform.
2. Pengguna mempunyai akaun di kedua-dua Hata Global dan Hata Malaysia, namun transaksi dari (Hata Global ke Hata Malaysia) masih gagal.
Situasi:
Disebabkan oleh sekatan kawal selia di dalam negara, Hata Malaysia mungkin tidak menyokong token spesifik yang cuba dipindahkan oleh pengguna.
Penyelesaian:
Sila tunggu dengan sabar sementara Hata menjalani proses dalaman yang rapi serta mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menyenaraikan token spesifik di Hata Malaysia. Ini adalah bagi memastikan token tersebut mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia Malaysia dan dibenarkan untuk didagangkan di platform Hata Malaysia. Sementara itu, anda masih boleh terus berdagang token tersebut dengan selamat di Hata Global.
3. Pengguna memulakan pemindahan dalaman menggunakan ID Pengguna atau e-mel penerima, namun pemindahan tersebut gagal.
Situasi:
Penerima pindahan tersebut tidak mempunyai ID Pengguna Hata atau e-mel yang berdaftar, ATAU ID Pengguna/e-mel yang dimasukkan oleh pengirim adalah tidak sah.
Penyelesaian:
Sila pastikan penerima pindahan anda mempunyai ID Pengguna Hata yang sah atau e-mel yang berdaftar dengan Hata. Sila semak dengan penerima bagi mengesahkan bahawa ID Pengguna Hata atau e-mel yang dimasukkan adalah betul tanpa sebarang kesilapan ejaan atau ralat.
Nota: Banyak token kini telah disokong di Hata Malaysia dan pasukan Hata terus berusaha untuk menyenaraikan seberapa banyak token yang mungkin supaya pengguna di Malaysia dapat menikmati pelaburan dan perdagangan lebih banyak jenis mata wang kripto. Untuk senarai penuh token yang disokong dan tidak disokong bagi kedua-dua Hata Global dan Hata Malaysia, sila layari laman web kami, hata.io, pilih platform yang betul (Global atau Malaysia) yang anda perlukan maklumat lanjut, dan klik pada bahagian Market.
Jika masalah anda masih berterusan atau tidak dinyatakan di atas, sila hubungi pasukan kami dengan menghantar tiket melalui [Pusat Bantuan] di bahagian Explore dalam aplikasi Hata anda.
