Khas untuk pengguna Hata Malaysia sahaja
Jika anda sudah mendaftar dan mengaktifkan akaun Hata Malaysia dan Hata Global, anda boleh bertukar antara kedua-dua platform ini dengan mudah di dalam aplikasi Hata anda.
Sebelum Anda Bermula
Untuk menukar platform, pastikan kedua-dua akaun Hata Malaysia dan Hata Global anda telah diaktifkan menggunakan akaun yang sama ya.
Cara Menukar Platform di Aplikasi Hata
Buka aplikasi Hata.
Pastikan anda menggunakan versi aplikasi yang paling terkini.
Pergi ke ruangan Akaun atau klik pada ikon bendera
Anda boleh tekan ikon Profil di penjuru kiri atas atau ikon bendera di penjuru kanan atas skrin.
Pilih "Platform"
Anda akan nampak pilihan ini dalam senarai, jadi klik pada 'Platform'.
Pilih platform yang anda ingin gunakan - sama ada Hata Malaysia atau Hata Global.
Pertukaran Platform.
Aplikasi akan dimuat semula secara automatik dan membawa anda terus ke papan pemuka (dashboard) platform pilihan anda.
Nota Penting
Baki dompet, sejarah transaksi, dan perkhidmatan untuk Hata Malaysia dan Hata Global adalah berasingan sama sekali.
Pastikan anda tahu platform mana yang sedang digunakan sebelum anda membuat sebarang transaksi.
Ada beberapa ciri, jenis mata wang, dan yuran yang mungkin berbeza di antara kedua-dua platform ini.
