Apakah itu "alamat rangkaian"? Mengapakah sistem memaparkan mesej, “Alamat tidak sah. Sila sahkan dengan penerima."?
Alamat mata wang kripto ialah pengecam unik yang terdiri daripada gabungan huruf dan nombor bagi sesebuah dompet mata wang kripto. Ia digunakan untuk menghantar dan menerima mata wang kripto, serta bertindak sebagai penunjuk lokasi sesuatu dompet di dalam rangkaian blok rantai (blockchain).
Sebagai contoh, berikut adalah rupa alamat Bitcoin:
Berikut adalah satu lagi contoh alamat Ethereum:
Sekiranya alamat yang anda masukkan adalah salah, sistem akan memaparkan mesej ralat, "alamat tidak sah". Sila semak semula dengan penerima anda untuk mengesahkan alamat dan rangkaian pengeluaran sekali lagi.
Nota: Anda sangat disyorkan untuk sentiasa menyalin dan menampal (copy and paste) alamat tersebut atau mengimbas kod QR. JANGAN masukkan alamat secara manual. Sekiranya alamat dimasukkan dengan salah, anda berisiko kehilangan dana anda.
Apakah itu Memo/Tag? Mengapakah sistem menyatakan "Memo tidak sah"?
"Memo" atau "Tag" ialah ciri alamat tambahan yang diperlukan untuk mengenal pasti penerima transaksi selain daripada alamat dompet.
Mesej "Memo tidak sah" menunjukkan bahawa anda telah memasukkan memo dengan salah. Sila sahkan dengan penerima bagi memastikan maklumat anda adalah tepat.
Beberapa contoh Memo adalah seperti berikut:
Contoh Memo:
Mata Wang Kripto | Perihalan |
XRP | Numerik Sahaja |
XLM | Alfa-numerik |
EOS | Numerik Sahaja |
BNB | Numerik Sahaja |
ATOM | Numerik Sahaja |
Sekiranya Memo dimasukkan secara tidak betul, anda berisiko kehilangan dana anda.
Mengapakah saya menerima mesej yang menyatakan, "rangkaian sedang sibuk"?
Jika anda menerima mesej, "rangkaian sedang sibuk", ini bermakna rangkaian tersebut sedang mengalami kesesakan pada masa ini. Anda boleh cuba lagi sebentar kemudian atau memilih rangkaian lain untuk mengeluarkan aset anda.
