Saya telah membuat permintaan pengeluaran daripada Hata ke bursa/dompet lain. Mengapa saya masih belum menerima dana saya?
Pemindahan dana daripada akaun Hata anda ke bursa atau dompet lain melibatkan tiga langkah utama:
Permintaan pengeluaran di Hata.
Pengesahan rangkaian blok rantai (blockchain).
Deposit pada platform yang berkaitan.
Biasanya, satu TxID (ID Transaksi) akan dijana dalam tempoh 30-60 minit. Ini menunjukkan bahawa Hata telah berjaya menyiarkan (broadcasted) transaksi pengeluaran tersebut ke rangkaian.
Walau bagaimanapun, proses untuk transaksi tersebut disahkan mungkin masih mengambil sedikit masa, dan tempoh yang lebih lama mungkin diperlukan sebelum dana dikreditkan sepenuhnya ke dalam dompet destinasi. Hal ini demikian kerana jumlah "pengesahan rangkaian" (network confirmations) adalah berbeza-beza mengikut jenis blok rantai.
Sebagai contoh:
Josh memutuskan untuk mengeluarkan 1 BTC daripada Hata ke dompet peribadinya. Selepas permintaan disahkan, beliau perlu menunggu sehingga Hata mencipta dan menyiarkan (broadcast) transaksi tersebut.
Selepas transaksi dicipta, Josh akan dapat melihat TxID pada halaman akaun Hata beliau. Pada peringkat ini, status transaksi adalah tertunda (pending) atau belum disahkan, dan 1 BTC tersebut akan dibekukan buat sementara waktu.
Selepas rangkaian mengesahkan transaksi tersebut, Josh akan menerima 1 BTC di dalam dompet peribadinya selepas mendapat 2 pengesahan rangkaian.
Disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat diramalkan seperti kesesakan rangkaian, mungkin terdapat kelewatan yang ketara dalam pemprosesan transaksi anda. Anda boleh menggunakan TxID tersebut untuk menyemak status transaksi anda melalui penjelajah blok rantai yang berkaitan.
Nota: Sekiranya TxID tidak dijana selepas 6 jam pengesahan dibuat, sila hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan Hata dengan mengemukakan tiket di Meja Bantuan Hata untuk bantuan, dan lampirkan tangkapan skrin sejarah pengeluaran bagi transaksi yang berkaitan.
Sila berikan maklumat yang terperinci supaya wakil khidmat pelanggan kami dapat membantu anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.
