Yuran Pengeluaran Kripto di Hata
Apakah itu yuran pengeluaran kripto?
Melakukan transaksi untuk mengeluarkan aset kripto ke alamat di luar platform Hata biasanya akan dikenakan "yuran transaksi" atau "yuran rangkaian". Yuran ini tidak dibayar kepada Hata, sebaliknya dibayar kepada "pelombong" (miners) atau "pengesah" (validators) yang bertanggungjawab untuk memproses transaksi dan menjamin keselamatan rangkaian blok rantai (blockchain) yang berkaitan.
Hata perlu membayar yuran ini kepada pelombong bagi memastikan transaksi anda dapat diproses. Memandangkan yuran transaksi adalah bersifat dinamik, anda akan dikenakan caj sejajar dengan keadaan rangkaian semasa. Kadar yuran yang dikenakan adalah berdasarkan anggaran yuran transaksi rangkaian dan ia mungkin berubah-ubah tanpa notis awal disebabkan oleh faktor-faktor seperti kesesakan rangkaian. Sila semak yuran terkini yang disenaraikan pada setiap halaman pengeluaran untuk maklumat yang tepat.
Adakah terdapat amaun pengeluaran minimum?
Terdapat amaun minimum bagi setiap permintaan pengeluaran. Sekiranya amaun tersebut terlalu kecil, anda tidak akan dapat membuat permintaan pengeluaran. Anda boleh merujuk kepada halaman yuran Hata untuk menyemak amaun pengeluaran minimum serta yuran transaksi bagi setiap jenis mata wang kripto yang tersedia di Hata. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa amaun pengeluaran minimum dan yuran boleh berubah tanpa notis awal disebabkan oleh faktor yang tidak dapat diramalkan seperti kesesakan rangkaian.
Anda juga boleh melihat yuran transaksi semasa yang dikenakan serta amaun pengeluaran minimum apabila anda melakukan transaksi pengeluaran di platform Hata.
Nota: Amaun pengeluaran minimum dan yuran adalah bergantung kepada jenis rangkaian yang anda gunakan.
Oleh itu, pastikan anda memilih rangkaian yang betul. Sebagai contoh, jika alamat pengeluaran anda ialah alamat ERC20 (blok rantai Ethereum), anda WAJIB memilih pilihan ERC20 sebelum mengeluarkan aset anda. Anda WAJIB memilih rangkaian yang serasi dengan alamat pengeluaran tersebut. Jika anda memilih rangkaian yang salah, anda akan kehilangan dana anda.
Nota: Maklumat di bawah adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis dan mungkin tidak sentiasa dikemas kini. Sila log masuk ke akaun Hata anda untuk melihat maklumat terkini yang disenaraikan pada setiap halaman deposit.
Mata Wang | Kaedah | Yuran Pengeluaran | Pengeluaran Minimum |
Bitcoin | Hantar ke Alamat BTC | Dinamik** | Rujuk Halaman Yuran Hata |
Ethereum | Hantar ke Alamat ETH | Dinamik** | Rujuk Halaman Yuran Hata |
XRP | Hantar ke Alamat XRP | Dinamik** | Rujuk Halaman Yuran Hata |
** Yuran ini berubah-ubah secara dinamik bergantung pada rangkaian dan keadaan trafik rangkaian semasa.
