Hata merupakan sebuah bursa global yang membolehkan pengguna untuk membeli, menjual, dan menyimpan mata wang kripto. Walaupun kami mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengguna baharu di seluruh dunia, namun, bukan semua negara disokong berikutan sekatan kawal selia.
Dalam perkongsian ini, kami menggariskan negara manakah yang disokong di platform Hata.
Negara yang Disokong Hata
Buat masa ini, Hata tersedia secara global di kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan Singapura.
Negara yang Disekat & Dilarang oleh Hata
Walaupun Hata adalah bursa mata wang kripto yang beroperasi di peringkat global, terdapat beberapa negara yang dikecualikan kerana Hata tidak dilesenkan untuk beroperasi.
Sewaktu artikel ini ditulis, negara yang dilarang daripada menggunakan perkhidmatan Hata adalah negara-negara di bawah senarai OFAC seperti Korea Utara, Iran, Syria, Cuba, dan Crimea.
Nota: Senarai negara yang dilarang daripada menggunakan produk dan perkhidmatan Hata adalah tertakluk kepada perubahan berdasarkan senarai negara yang dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sementara itu, terdapat negara lain di mana Hata beroperasi, tetapi tertakluk kepada sekatan tertentu atas faktor undang-undang dan peraturan tempatan.
Adakah Hata Dikawal Selia?
Ya, Hata Malaysia merupakan sebuah bursa aset digital yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Selain itu, Hata Global juga dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA).
Adakah Hata tersedia di Malaysia?
Ya, perkhidmatan Hata tersedia untuk semua warganegara Malaysia di Malaysia.
Hata adalah bursa mata wang kripto popular yang membolehkan pengguna membeli, menjual, dan mendagangkan mata wang digital seperti Bitcoin, Ethereum, XRP dan banyak lagi.
Syarikat ini beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia dan dikawal selia oleh pihak berkuasa Malaysia, sekali gus menjadikannya sebuah platform yang selamat dan terjamin bagi pelanggan di Malaysia untuk melakukan transaksi mata wang kripto.
Hata menawarkan pelbagai ciri seperti antara muka yang mesra pengguna, aplikasi mudah alih, serta pilihan mata wang kripto yang meluas untuk didagangkan.
