Langkah 1: Daftar untuk Hata Mulakan dengan mendaftar di platform Hata.
Berikan butiran anda dan cipta akaun Hata. Pastikan semua ruangan wajib diisi dengan tepat.
Lengkapkan proses pengesahan Kenali Pelanggan Anda (KYC) untuk mengaktifkan akaun anda.
Langkah 2: Masukkan Kod Afiliasi
Navigasi ke halaman Profil dan klik pada [Referral Rewards].
Klik pada [Affiliate Programme] dan pilih pilihan [Enter Code].
Masukkan Kod Afiliasi yang anda perolehi daripada perujuk anda dalam ruangan yang ditetapkan dan klik [Submit Code].
Secara alternatif, anda juga boleh memasukkan kod Afiliasi dalam ruangan yang ditetapkan semasa proses pendaftaran anda.
Langkah 3: Laksanakan Dagangan
Untuk menjana ganjaran daripada Program Afiliasi Hata, individu yang anda jemput perlu melakukan dagangan sama ada di Hata Exchange atau Hata Instant Buy/Sell. Apabila dagangan dilaksanakan:
Perujuk (Referrer) akan mendapat 10% daripada yuran dagangan individu yang dirujuk (Referee);
Manakala individu yang dirujuk juga akan mendapat rebat 10% daripada yuran dagangan mereka sendiri.
Nota Penting
Syarat Kelayakan: Daftar menggunakan kod afiliasi anda dalam tempoh 30 hari selepas mendaftar. Pastikan anda tidak pernah memasukkan kod Buddy Bonus sebelum ini. Jika kod afiliasi dimasukkan, ia mestilah milik pengguna yang mendaftar lebih awal daripada anda.
Kod Tidak Boleh Dipindah Milik: Kod afiliasi adalah unik dan tidak boleh dijual, dipindahkan, atau ditukar dengan wang tunai.
Tertakluk pada Terma & Syarat: Pastikan anda mematuhi Terma Penggunaan, Dasar Privasi dan Peraturan Program Afiliasi Hata untuk layak menerima ganjaran.
Jejaki Ganjaran Anda Layari Papan Pemuka Referral Rewards di aplikasi Hata untuk memantau kemajuan anda, menyemak status ganjaran, dan menuntut pendapatan anda.
