Langkau ke kandungan utama

Soalan Lazim (FAQ) Program Buddy Bonus

Apakah itu Program Buddy Bonus?

Program Buddy Bonus memberikan ganjaran kepada anda dan rakan anda apabila rakan anda mendaftar menggunakan kod rujukan anda dan berjaya melengkapkan tugas program yang diperlukan.

Bagaimanakah Program Buddy Bonus berfungsi?

Kongsikan kod rujukan atau pautan rujukan anda dengan rakan. Sebaik sahaja rakan anda melengkapkan semua tugas yang diperlukan dan memenuhi syarat-syarat program, ganjaran akan dibuka untuk anda berdua.

Siapakah yang boleh menyertai Program Buddy Bonus?

Program Buddy Bonus hanya tersedia untuk pengguna individu yang layak di platform Hata Malaysia yang melengkapkan pengesahan KYC. Akaun perniagaan tidak layak untuk menyertai program ini.

Bagaimanakah cara untuk saya menjemput rakan?

Anda boleh mencari dan berkongsi kod rujukan atau pautan rujukan anda di bawah:

  • Rewards Hub

  • Program Buddy Bonus

  • Share

Bilakah rakan saya mesti memasukkan kod rujukan saya?

Rakan anda mesti memasukkan kod rujukan anda:

  • Semasa pendaftaran, atau

  • Dalam tempoh 30 hari selepas mendaftar dan melengkapkan pengesahan KYC

Kod rujukan tidak boleh digunakan selepas tempoh 30 hari tersebut.

Apakah tugas yang mesti dilengkapkan oleh rakan saya?

Untuk layak menyertai Program Buddy Bonus, rakan anda mesti:

  • Melengkapkan pengesahan KYC

  • Mendepositkan atau membuat Instant Buy kripto bernilai sekurang-kurangnya RM250

  • Melengkapkan pelan stake selama 90 hari

Semua tugas yang diperlukan mesti berjaya dilengkapkan dan disahkan sebelum ganjaran dibuka.

Apakah ganjaran yang akan kami terima?

Sebaik sahaja semua keperluan program telah dilengkapkan:

  • Rakan yang dirujuk (referee) akan menerima BTC bernilai RM25

  • Perujuk (referrer) akan menerima BTC bernilai RM15

Bilakah ganjaran akan tersedia?

Ganjaran akan tersedia selepas semua tugas yang diperlukan dan tempoh stake selama 90 hari berjaya dilengkapkan serta disahkan.

Berapa lamakah tempoh yang saya ada untuk menuntut ganjaran saya?

Ganjaran mesti dituntut dalam tempoh 30 hari selepas ia tersedia. Ganjaran yang tidak dituntut akan tamat tempoh selepas tempoh tuntutan berakhir dan tidak lagi boleh ditebus.

Di manakah saya boleh menjejaki kemajuan rujukan saya?

Anda boleh memantau:

  • Status rujukan

  • Pending tasks

  • Kemajuan pembukaan ganjaran

  • Status tuntutan ganjaran

di bawah Rewards Hub dalam bahagian Program Buddy Bonus.

Mengapakah ganjaran saya masih tertangguh (pending)?

Ganjaran mungkin kekal tertangguh jika:

  • Tugas yang diperlukan belum lengkap

  • Tempoh stake selama 90 hari masih berjalan

  • Semakan pengesahan masih dalam proses

  • Transaksi masih dalam proses pengesahan

  • Syarat-syarat kempen belum dipenuhi

Mengapakah rujukan saya dianggap tidak layak?

Sesuatu rujukan boleh dianggap tidak layak jika:

  • Kod rujukan dimasukkan selepas tempoh kelayakan

  • Kod rujukan atau kod affiliate lain telah digunakan sebelum ini

  • Akaun tersebut adalah bertindih (duplicate), palsu, atau dirujuk sendiri (self-referred)

  • Aktiviti penipuan atau penyalahgunaan dikesan

  • Pengesahan KYC tidak dilengkapkan

Bolehkah saya menyertai kedua-dua Program Buddy Bonus dan Affiliate Programme?

Ya. Perujuk boleh menjemput rakan yang berbeza melalui kedua-dua Program Buddy Bonus dan Affiliate Programme.

Walau bagaimanapun, setiap pengguna yang dirujuk (referee) hanya boleh menyertai satu program rujukan sahaja pada masa pendaftaran. Sebaik sahaja kod rujukan berjaya digunakan sama ada untuk Program Buddy Bonus atau Affiliate Programme, ia tidak boleh diubah atau digabungkan dengan program rujukan yang lain.

Bolehkah ganjaran diterbalikkan (reversed) atau dibatalkan?

Ya. Hata berhak untuk menahan, menerbalikkan (reverse), menuntut semula, atau membatalkan ganjaran dalam kes yang melibatkan aktiviti mencurigakan, salah guna, pembalikan transaksi (transaction reversals), atau pelanggaran peraturan program.

Apakah aktiviti yang dilarang?

Aktiviti yang dilarang termasuk:

  • Rujukan sendiri (self-referrals)

  • Akaun palsu atau bertindih (duplicate)

  • Penyalahgunaan atau manipulasi rujukan

  • Promosi spam

  • Transaksi penipuan

  • Tuntutan kempen yang mengelirukan

  • Salah guna penjenamaan Hata atau penyamaran

Pelanggaran boleh mengakibatkan pembatalan kelayakan, pelucutan hak ganjaran, sekatan akaun, atau tindakan undang-undang.

Bolehkah Program Buddy Bonus berubah?

Ya. Hata boleh mengubah suai, menggantung, atau menamatkan Program Buddy Bonus atau terma-termanya pada bila-bila masa jika perlu.

Adakah ini menjawab soalan anda?