Auto-Invest dengan Kad membolehkan anda mengautomasikan pembelian kripto menggunakan kad yang dipautkan. Sebaik sahaja pelan anda ditetapkan, sistem akan melabur jumlah tetap secara automatik pada selang masa yang dijadualkan—tiada tindakan manual diperlukan. Ia adalah cara yang mudah dan konsisten untuk mengembangkan portfolio kripto anda dari semasa ke semasa tanpa perlu risau tentang masa pasaran yang tepat.
Dalam panduan ini, kami akan menunjukkan cara untuk menyediakan, mengurus, dan menyelesaikan masalah pelan Auto-Invest anda menggunakan kad.
Pertama sekali, lungsur ke halaman utama Hata anda.
Kemudian, pilih “Auto-Invest”.
Di bawah Kaedah Pembiayaan (Funding Method), pilih “Tambah Kad Debit” (Add Debit Card).
Masukkan butiran kad anda:
Nombor kad - 16 digit nombor kad anda.
Nama pemegang kad - Nama yang didaftarkan pada kad anda. Sila pastikan kad tersebut adalah di bawah nama anda sendiri.
Tarikh Tamat Tempoh (BB/TT) - Tarikh luput kad.
CVV / CVC - 3 digit kod keselamatan di belakang kad anda yang digunakan untuk mengesahkan identiti semasa transaksi dalam talian.
Seterusnya, anda akan dibawa untuk melengkapkan pengesahan bagi mengesahkan pemilikan kad anda. Selepas berjaya menambah kad, anda boleh melihat kad anda tersedia di bawah Kaedah Pembiayaan.
Pilih kad anda dan teruskan untuk menyediakan pelan Auto-Invest anda. Masukkan mata wang kripto pilihan, jumlah, nama pelan, dan kitaran.
Mata wang kripto - Pilih mata wang kripto yang ingin anda laburkan.
Jumlah - Masukkan jumlah yang anda inginkan bagi setiap mata wang kripto. Pastikan jumlah keseluruhan pelaburan adalah melebihi had pembelian minimum.
Nama Pelan - Masukkan nama pilihan untuk pelan anda.
Kitaran - Kekerapan pelan auto-invest anda dijalankan.
Pilih “Cipta Pelan” (Create Plan). Kemudian, anda akan melihat butiran pelan anda pada halaman pengesahan.
Butiran yang disenaraikan dalam imej di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Semak semula butiran pelan anda dan pilih “Sahkan”.
Dan itu sahaja! Pelan Auto-Invest anda telah berjaya dicipta dan akan dilaksanakan pada kitaran yang seterusnya.
