Langkau ke kandungan utama

Cara untuk Stake dan Unstake di Hata

Cara untuk melakukan stake di Hata

1. Masuk ke Dompet Pendapatan Anda

Pilih [Earn] untuk masuk ke Dompet Pendapatan anda. ​

2. Pilih jenis Mata Wang Kripto untuk di-Stake

Klik pada [Stake] bagi jenis mata wang kripto yang ingin anda stake.

3. Pilih jenis Mata Wang Kripto untuk di-Stake [Alternatif]

Sebagai alternatif, anda boleh menavigasi terus ke Dompet Kripto bagi mata wang kripto yang spesifik tersebut dan melakukan stake dari situ.

4. Isikan Butiran Staking

Untuk memulakan staking, anda perlu memilih dan mengisi maklumat tertentu termasuk:

(i) Bilangan hari terkunci
(ii) Jumlah Stake
(iii) Pilihan Langganan Automatik (Auto-Subscribe)

Selepas memasukkan maklumat anda, klik [Stake] untuk meneruskan.

5. Sahkan Stake Anda

Selepas memasukkan maklumat anda, klik [Sahkan] untuk meneruskan.

6. Pengesahan Akhir

Akan terdapat satu gesaan terakhir, di mana anda perlu mengesahkan stake anda dengan memilih [Teruskan]. Sila ambil maklum bahawa selepas anda mengesahkan stake tersebut, ia akan melalui tempoh pengaktifan dan tidak boleh di-unstake sepanjang tempoh masa ini.

7. Stake Berjaya

Stake anda kini telah disahkan dan akan dihantar ke rangkaian rantaian blok (blockchain) untuk staking, di mana ia akan melalui tempoh pengaktifan.

Cara untuk Unstake di Hata

Semua pengguna yang telah melakukan stake di Hata akan boleh unstake kedudukan mereka pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahukan asalkan mereka telah melengkapkan tempoh pengaktifan awal. ​

Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja anda memilih untuk unstake lebih awal, semua ganjaran yang telah terkumpul dan belum dibayar kepada anda akan dilucutkan. Ganjaran yang telah dibayar akan kekal di dalam Dompet Kripto anda.

1. Akses Dompet Pendapatan Anda

Selepas anda melengkapkan stake, pergi ke Dompet Pendapatan anda dengan memilih [Earn] di halaman dompet.

2. Lihat Pelan Staking Anda

Di bawah Dompet Pendapatan, pilih pelan yang ingin anda lihat butirannya.

3. Unstake Kedudukan Anda

Pada halaman Ringkasan Staking, pilih [Unstake] untuk meneruskan dengan proses unstake awal.

Sila ambil maklum bahawa anda hanya boleh melakukan unstake selepas tempoh pengaktifan telah berlalu.

4. Sahkan Unstake Anda

Pilih [Unstake].

5. Pengesahan Akhir

Klik pada [Sahkan] untuk memuktamadkan proses unstake awal tersebut.

Sila ambil perhatian: Jika anda memilih untuk unstake lebih awal, sebarang ganjaran yang belum dibayar akan dilucutkan. Ganjaran yang telah pun dibayar akan kekal di dalam dompet kripto anda.

Adakah ini menjawab soalan anda?