Di Hata, pelan staking anda boleh diuruskan dengan mudah melalui halaman Ringkasan Staking.
1. Untuk melihat semua pelan staking aktif anda, navigasi ke Dompet Pendapatan (Earn Wallet) anda dengan memilih [Earn].
2. Dalam [Pegangan Saya] pilih pelan yang ingin anda ketahui dengan lebih lanjut.
3. Di dalam halaman Ringkasan Staking, anda boleh melihat kesemua maklumat berkaitan stake anda.
Butiran Stake
ID Stake: Nombor pengenalan unik yang ditetapkan bagi setiap pelan stake.
Jumlah Ganjaran Terkumpul: Anggaran jumlah ganjaran sepanjang hayat yang telah dikumpulkan oleh stake anda.
Anggaran APR: Anggaran Kadar Peratusan Tahunan (Annual Percentage Rate) bagi pelan stake anda.
Tempoh Staking: Tempoh kuncian (lock-in period) yang telah anda pilih untuk pelan stake anda.
Kiraan Staking: Bilangan kitaran yang berjaya dilalui oleh pelan stake anda.
Destinasi Ganjaran: Destinasi di mana ganjaran anda akan diagihkan setelah melengkapkan satu kitaran staking.
Butiran Garis Masa
Tarikh Mula Staking: Tarikh anda memohon untuk melakukan stake mata wang kripto anda.
Tarikh Pengaktifan: Tarikh stake anda telah berjaya diaktifkan di rangkaian rantaian blok (blockchain).
Tarikh Matang: Tarikh pelan stake anda telah melengkapkan tempoh kunciannya.
Tarikh Staking Seterusnya: Tarikh mula bagi kitaran staking pelan stake anda yang seterusnya.
Tarikh Pengagihan: Anggaran tarikh ganjaran staking anda akan diagihkan kepada anda.
Butiran Lain
Butang Lungsur Langganan Automatik (Auto-Subscribe): Butang lungsur yang membenarkan pilihan untuk melanggan pelan stake anda secara automatik.
Butang Unstake: Butang yang membolehkan anda untuk melakukan unstake lebih awal, sekiranya anda ingin berbuat demikian.
