Dari semasa ke semasa, anda mungkin menghadapi isu berkaitan pesanan dagangan anda di Hata. Masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Pesanan anda tidak dilaksanakan
Biasanya, pesanan anda kekal tertangguh (pending) disebabkan oleh:
Harga had (limit price) anda masih belum dicapai oleh harga terakhir yang direkodkan.
Harga sedang mengalami turun naik yang mendadak dalam tempoh masa yang singkat. Terdapat jumlah pihak lawan (counterparties) yang tidak mencukupi untuk memadankan pesanan anda. Adalah penting untuk memahami bahawa pesanan pada buku pesanan (order book) dilaksanakan mengikut giliran ia dibuat, maka mungkin terdapat pesanan lain yang mendahului pesanan anda.
Cara menyelesaikannya?
Layari bahagian [Pesanan Terbuka] (Open Orders) untuk menyemak semula harga pesanan anda dan periksa sama ada ia telah berjaya dipadankan dengan pesanan pihak lawan.
Untuk mempercepatkan pengisian pesanan anda, anda mungkin ingin membatalkannya dan membuat pesanan baharu pada harga yang lebih kompetitif. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan pesanan pasaran (market order) untuk mencapai pelaksanaan yang lebih pantas.
Pesanan anda mengalami isu teknikal
Bagi masalah teknikal, seperti tidak dapat membatalkan pesanan anda atau kelewatan dalam pengkreditan dana, bantuan tambahan diperlukan. Sila hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan dan sertakan tangkapan skrin bagi perkara berikut:
Butiran pesanan
Sebarang kod atau mesej ralat
