Langkau ke kandungan utama

Masalah Menerima E-mel OTP?

Gambaran Keseluruhan
​

Hata menggunakan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) e-mel sebagai keselamatan tambahan. OTP diwajibkan untuk fungsi utama seperti log masuk dan pengeluaran dana.
​

Ikuti langkah penting ini bagi memastikan penerimaan OTP tanpa kelewatan.
​

Amalan Terbaik Menerima E-mel OTP

  • Kosongkan ruang peti masuk

Penyedia e-mel (seperti Gmail, Yahoo, Outlook) mungkin menolak mesej baharu jika peti mel anda telah penuh.

  • Semak folder spam / junk

E-mel sistem mungkin tersalah arah. Buat carian untuk "Hata", "@hata.io", atau "[email protected]" di dalam e-mel anda.

  • Tambah kenalan atau whitelist domain kami

Tambahkan @no-reply.hata.io ke dalam senarai kenalan anda atau senarai putihkannya (whitelist) di dalam tetapan e-mel bagi mengelakkan sekatan.

  • Gunakan penyedia e-mel yang disyorkan

Gunakan penyedia e-mel yang stabil untuk penghantaran mesej keselamatan yang pantas dan konsisten. Elakkan alamat e-mel sementara.

  • Kemaskini alamat e-mel anda

Pastikan alamat e-mel berdaftar pada akaun Hata anda sentiasa aktif dan boleh diakses.
​

Kepentingan OTP
​

OTP mengesahkan setiap tindakan akaun penting anda. Langkah-langkah ini membantu mengelakkan kelewatan biasa serta memastikan akses akaun anda selamat dan tidak terganggu.
​

Perlu Bantuan?
​

Jika anda masih gagal menerima OTP selepas mencuba langkah di atas, sila hantar tiket kepada pasukan sokongan kami untuk bantuan lanjut.

Adakah ini menjawab soalan anda?