Bagi mengutamakan dan melindungi keselamatan maklumat pengguna Hata, akses kepada aplikasi mudah alih Hata akan disekat pada peranti jailbroken atau rooted sebagai langkah berjaga-jaga.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa peranti jailbroken atau rooted disekat daripada mengakses aplikasi mudah alih Hata:
Risiko Keselamatan
Peranti jailbroken atau rooted lebih terdedah kepada perisian hasad (malware), virus dan akses tanpa kebenaran terhadap data pengguna kerana peranti jailbroken boleh memintas langkah keselamatan terbina dalaman peranti dengan mudah.
Kestabilan Aplikasi
Mengehadkan akses kepada peranti jailbroken atau rooted membantu Hata mengekalkan kestabilan dan kebolehpercayaan aplikasinya, serta mengurangkan kemungkinan berlakunya nahas (crashes), pepijat (bugs), dan isu keserasian.
Integriti Sistem
Proses jailbreaking atau rooting mengubah sistem operasi peranti, lantas menjejaskan integritinya dan berpotensi mewujudkan kelemahan yang boleh dieksploitasi oleh pelaku yang berniat jahat.
Memastikan aset kripto dan dana anda kekal selamat merupakan keutamaan utama kami, namun tiada jaminan bahawa langkah keselamatan kami akan berfungsi pada peranti yang telah diubah suai melalui kaedah jailbreak atau rooting.
