Langkau ke kandungan utama

Cara Menyelesaikan Ralat Kod 2FA

Sekiranya anda menerima mesej "Ralat Kod 2FA" (2FA Code Error) selepas anda memasukkan kod Pengesahan Google 6 digit anda, sila cuba langkah penyelesaian di bawah:

  • Masa pada peranti mudah alih anda perlu disegerakkan dengan Aplikasi Google Authenticator dan disegerakkan dengan masa pada komputer anda (lokasi anda cuba log masuk).

Untuk peranti Android:

Untuk peranti iOS:

  1. Pada peranti Android anda, pergi ke menu utama aplikasi Google Authenticator.

  2. Klik Lagi (More), kemudian Tetapan (Settings), kemudian Pembetulan masa untuk kod (Time correction for codes) dan kemudian Segerak sekarang (Sync now).

  1. Sila pastikan anda mempunyai versi iOS yang terkini.

  2. Hidupkan Tetapkan Secara Automatik (Set Automatically) di Tetapan (Settings) → Umum (General) → Tarikh & Masa (Date & Time). Ini akan menetapkan tarikh dan masa anda secara automatik berdasarkan zon masa anda. Jika terdapat kemaskini zon masa yang tersedia, peranti akan memaklumkan anda.

  3. Benarkan peranti anda menggunakan lokasi semasanya untuk menentukan zon masa yang betul. Untuk berbuat demikian, pergi ke Tetapan (Settings) → Privasi (Privacy) → Perkhidmatan Lokasi (Location Services) → Perkhidmatan Sistem (System Services) dan pilih Menetapkan Zon Masa (Setting Time Zone).

  4. Semak sama ada peranti anda memaparkan zon masa yang betul di Tetapan (Settings) → Umum (General) → Tarikh & Masa (Date & Time) → Zon Masa (Time Zone).

  1. Kosongkan cache dan kuki (cookies) pelayar web anda.

  2. Gunakan mod penyamaran (incognito) pada Google Chrome.

  3. Cuba log masuk menggunakan Aplikasi Hata sebagai alternatif.

Jika tiada satu pun cadangan di atas berjaya menyelesaikan isu anda, cuba tetapkan semula Google Authenticator. Sila rujuk artikel "Cara Menetapkan Semula Pengesahan Dua Faktor" di bawah bahagian Fungsi Akaun dalam ruangan Soalan Lazim (FAQ) atau hubungi Sokongan Pelanggan Hata jika anda memerlukan bantuan lanjut.

Adakah ini menjawab soalan anda?