Jika anda menerima mesej ralat "Oops... Anda telah mencapai had deposit dompet digital" apabila anda sedang cuba untuk menambah dana ke dalam akaun, ini bermaksud bahawa and telah mencapai had maksima yang dibenarkan untuk menambah dana menggunakan dompet digital.
Berikut ialah langkah yang boleh anda ikuti:
Cuba semula dalam masa 24 jam: Had deposit dompet digital anda menggunakan tempoh kiraan masa bergerak. Selepas 24 jam berlalu daripada transaksi terakhir anda, had tersebut akan ditetapkan semula dan anda boleh membuat deposit melalui dompet digital sekali lagi.
Tukar kepada Pindahan Segera FPX: Jika anda perlu menambah dana ke akaun dengan segera dan tidak boleh menunggu sehingga tempoh masa tamat, tekan butang biru Deposit melalui FPX.
Menggunakan Pindahan Segera FPX
FPX adalah alternatif yang boleh digunakan apabila dompet digital telah mencapai had maksima. Kedua-dua langkah mempunyai deposit minima yang sama, tetapi FPX menawarkan had deposit yang jauh lebih tinggi untuk menambah dana ke akaun anda dengan lancar.
