Antara sebab mengapa pengesahan Kenali Pelanggan Anda (KYC) anda gagal mungkin berpunca daripada kegagalan untuk mematuhi Terma dan Syarat Hata.
Berikut adalah beberapa Terma dan Syarat kami yang mungkin berkaitan:
1. Sekatan Negara/Rantau
Sistem kami mengesan anda sedang menetap di negara yang tidak disokong oleh perkhidmatan Hata buat masa ini. Untuk ketahui senarai negara yang disokong oleh Hata, anda boleh merujuk artikel kami: Negara yang Disokong Hata: Di Manakah Ia Tidak Tersedia?
2. Menghantar Dokumen Tidak Sah Berulang Kali
Jika dokumen yang dihantar tidak sah dan anda diminta untuk menghantar semula, sistem kami mungkin akan menolak pengesahan akaun anda jika ia masih gagal disahkan selepas beberapa kali percubaan.
3. Terdapat Akaun Lain Menggunakan Dokumen yang Sama
Sistem kami mendapati terdapat akaun Hata lain yang telah disahkan menggunakan dokumen ID yang sama. Sila ambil maklum bahawa setiap pengguna Hata hanya dibenarkan memiliki satu akaun yang disahkan. Jika anda rasa ada pihak yang menyamar atau menggunakan identiti anda, sila hubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami di sini.
4. Berumur di Bawah 18 Tahun
Jika anda belum mencapai had umur minimum Hata, sistem kami tidak akan membenarkan anda mencipta akaun. Untuk mematuhi Terma Penggunaan kami, anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk membuka akaun dan berdagang di platform kami.
5. Atas Sebab Pematuhan Lain
Di Hata, kami mengutamakan pematuhan ketat terhadap piawaian kawal selia bagi menjamin integriti platform kami. Oleh itu, pasukan pematuhan kami mempunyai hak untuk menolak permohonan (KYC) pengguna atas budi bicara mereka, demi memastikan keselamatan dan pematuhan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Jika anda percaya terdapat kesilapan semasa proses pengesahan KYC anda, sila hubungi pasukan Pasukan Khidmat Pelanggan Hata dengan menghantar tiket. Wakil kami akan menghubungi anda semula secepat mungkin.
Nota:
Hata bekerjasama dengan Sumsub, iaitu penyedia pengesahan identiti terkemuka untuk melancarkan proses KYC kami. Melalui kerjasama ini, kami dapat memastikan keselamatan data anda sentiasa terjamin. Jangan risau, semua maklumat yang dikongsi dengan Sumsub akan diuruskan dengan piawaian kerahsiaan yang tertinggi.
