Langkau ke kandungan utama

Cara Mengeluarkan USD melalui SWIFT

Arahan di bawah menunjukkan cara untuk anda melakukan pengeluaran USD daripada Hata melalui SWIFT.

  • Log masuk ke akaun Hata anda dan pilih [Dompet]. Selain itu, sila pastikan anda telah log masuk ke akaun Hata Global anda.

  • Setelah anda dibawa ke halaman dompet, pilih matawang FIAT di bawah Dompet Fiat yang ingin anda and keluarkan. Dalam hal ini, [USD]

  • Sebaik sahaja anda berada di halaman dompet USD, pilih [Pengeluaran].

  • Sekiranya anda belum menambah akaun bank, anda perlu berbuat demikian dengan memilih [Tambah Butiran Bank Baharu].

  • Masukkan maklumat akaun bank dan kod SWIFT anda. Sila pastikan akaun bank tersebut adalah milik anda sendiri kerana anda hanya dibenarkan untuk mengeluarkan dana ke akaun bank peribadi anda sahaja. Pastikan juga nama penuh anda dipaparkan dengan tepat; sekiranya tidak, proses pengeluaran anda tidak akan berjaya.

Setelah anda melengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan, pilih [Simpan Butiran Bank].

  • Pilih [Sahkan] setelah anda memastikan bahawa maklumat anda adalah tepat.

Nota:

  • Anda hanya dibenarkan mengeluarkan wang ke akaun bank yang didaftarkan atas nama anda dalam akaun Hata anda.

  • Pengeluaran ke akaun bank yang tidak dikaitkan dengan akaun Hata anda adalah dilarang sama sekali.

  • Pengeluaran ke akaun bank bersama (joint account) adalah dilarang sama sekali.

  • Anda mungkin dikenakan caj transaksi bank sekiranya pengeluaran ke akaun bank anda ditolak atas alasan-alasan di atas.

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan Hata.

Sebagai langkah keselamatan, anda dikehendaki untuk memasukkan kod pengesahan yang dihantar ke e-mel anda serta kod pengesahan dua faktor (2FA). Klik pada [Hantar kod] dan masukkan maklumat yang diperlukan. Pilih [Seterusnya] selepas memasukkan kod-kod tersebut.

  • Tahniah! Anda telah berjaya menambah akaun bank anda.

  • Setelah menambah akaun bank anda, pilih akaun bank yang baru sahaja ditambah tersebut.

  • Masukkan jumlah yang ingin anda keluarkan dan pilih [Seterusnya]

  • Sahkan butiran pada permintaan pengeluaran anda. Pastikan jumlah pengeluaran yang dipohon adalah tepat dan yuran pengeluaran bagi permintaan tersebut telah disemak. Setelah itu, pilih [Teruskan].

  • Anda akan diminta untuk melengkapkan proses pengesahan.

  • Tahniah! Anda telah berjaya membuat permintaan pengeluaran. Mohon tunggu sementara transaksi tersebut diproses. Kebiasaannya, anda akan menerima dana dalam tempoh 1-4 hari bekerja, bergantung kepada prosedur pihak bank.

Adakah ini menjawab soalan anda?