Langkah-langkah di bawah menunjukkan cara untuk anda mendepositkan USD ke dalam akaun Hata melalui SWIFT.
Log masuk ke akaun Hata anda dan pilih [Dompet]. Selain itu, sila pastikan anda telah log masuk ke akaun Hata Global anda.
Sebaik sahaja anda dihalakan ke halaman dompet, pilih mata wang FIAT yang ingin anda depositkan di bawah Dompet Fiat anda. Bagi panduan ini, pilih [USD].
Setelah berada di dalam dompet USD anda, pilih [Deposit].
Sila lakukan deposit fiat ke akaun bank Hata berdasarkan butiran akaun bank yang dinyatakan pada halaman deposit anda.
(Sila ambil perhatian bahawa butiran pindahan bank telah ditiadakan daripada tangkapan skrin di atas. Sila rujuk butiran akaun yang disediakan pada halaman deposit anda.)
Sebaik sahaja anda selesai melakukan pindahan bank, pilih [Serahkan Bukti Deposit]. Bagi mempercepatkan proses deposit, sila berikan butiran lanjut mengenai pindahan bank anda:
Muat naik resit pindahan bank.
Sila pastikan dokumen yang dilampirkan (PDF, JPEG, PNG) mengandungi nama penuh anda, tarikh dan jumlah deposit, serta maklumat nombor rujukan.
Masukkan jumlah yang ingin anda depositkan.
Masukkan kod rujukan bank bagi pindahan tersebut.
Masukkan butiran yang diperlukan dan pilih [Teruskan].
Tahniah! Anda telah berjaya membuat deposit fiat. Transaksi anda akan mengambil masa kira-kira 1 hingga 4 hari bekerja untuk dipaparkan di dalam akaun Hata anda
