Langkau ke kandungan utama

Cara Melihat Aktiviti Dompet Spot Hata Anda

Anda boleh melihat aktiviti Dompet Spot (Spot Wallet) anda dengan mudah, termasuk sejarah aktiviti dan baki aset, melalui laman web dan aplikasi Hata.

Bagaimana cara melihat aktiviti Dompet Spot saya melalui laman web Hata?

  • Log masuk ke akaun Hata anda dan pergi ke bahagian [Dompet]. Anda boleh melihat kesemua aset fiat dan kripto anda berserta baki masing-masing di dalam dompet anda. Klik pada ikon Sejarah Transaksi.

  • Anda akan dibawa ke halaman Sejarah Transaksi. Dengan menggunakan menu lungsur (drop-down menu), anda boleh melihat sejarah transaksi bagi Deposit Fiat, Pengeluaran Fiat, Jual/Beli Segera, Bursa (Exchange), Terima Kripto, dan Hantar Kripto.

Adakah ini menjawab soalan anda?