Untuk pengguna Hata Malaysia sahaja
Pergi ke bahagian [Dompet] di laman web Hata. Pilih MYR di bawah mata wang fiat.
Pada dompet MYR, pilih [Pengeluaran].
Pilih [Tambah Butiran Bank Baharu].
Masukkan nama akaun bank dan nombor akaun anda. Seterusnya, pilih [Hantar].
Nota:
Anda hanya dibenarkan untuk menambah butiran akaun bank MYR anda sendiri.
Proses pengesahan butiran akaun bank anda oleh pihak Hata akan mengambil masa sehingga satu (1) hari bekerja.
Tahniah! Anda telah berjaya menambah akaun bank anda. Sila ambil maklum bahawa pihak Hata mungkin memerlukan tempoh sehingga satu (1) hari bekerja untuk mengesahkan butiran akaun bank tersebut.
