Platform Hata menggunakan sistem yuran bagi pelanggan yang melakukan dagangan, yang dikategorikan sama ada sebagai pembuat (maker) atau pengambil (taker). Bagi memahami yuran yang berkaitan dengan dagangan di platform ini, anda perlu memahami konsep pesanan had (limit orders) serta perbezaan antara pesanan pembuat dan pengambil.
Kadar yuran yang dikenakan bergantung kepada jumlah dagangan anda bagi tempoh 30 hari yang lalu (tidak termasuk hari semasa). Sistem kami akan mengira jumlah dagangan terkumpul anda untuk 30 hari yang lalu pada setiap hari tepat jam 12:00 tengah malam (00h00 GMT).
Jumlah dagangan 30 hari anda, berserta kurungan yuran semasa, dipaparkan pada skrin Pesanan Saya (My Orders).
Bagaimana ia berfungsi?
Mari kita gunakan situasi seorang pengguna bernama Jenny sebagai contoh:
Jenny menetap di Malaysia dan berdagang pasangan BTC/MYR. Jumlah dagangannya untuk 30 hari yang lalu berjumlah RM2 juta. Ini meletakkan beliau di bawah Tahap 6 (Tier 6), maka kadar yurannya adalah seperti berikut:
Tahap (Tier) | Volum Dagangan | Yuran Pengambil (Taker) | Yuran Pembuat (Maker) |
6 | RM 2 juta | 0.20% | 0.00% |
7 | RM 3 juta | 0.18% | 0.00% |
Sekiranya beliau memilih untuk melaksanakan pesanan pengambil (taker orders) yang dipenuhi serta-merta, beliau akan dikenakan yuran sebanyak 0.20%. Sebaliknya, jika beliau mengemukakan pesanan pembuat (maker orders) yang kekal tertunda di dalam buku pesanan (order book), beliau akan dikenakan yuran sebanyak 0.00%.
Katakanlah Jenny melakukan dagangan tambahan bernilai RM1 juta. Pada waktu tengah malam, sistem akan mengira semula jumlah dagangan terkumpul beliau untuk 30 hari yang lalu, yang kini berjumlah RM3 juta. Kesannya, bermula esok, Jenny akan dinaikkan ke Tahap 7 (Tier 7), yang membawa kepada struktur yuran berikut:
Tahap (Tier) | Volum Dagangan | Yuran Pengambil (Taker) | Yuran Pembuat (Maker) |
6 | RM 2 juta | 0.20% | 0.00% |
7 | RM 3 juta | 0.18% | 0.00% |
Selepas perubahan terbaharu tersebut, sekiranya beliau memilih untuk melaksanakan pesanan pengambil (taker orders) yang dipenuhi secara serta-merta, beliau akan dikenakan yuran sebanyak 0.18%. Walau bagaimanapun, jika beliau membuat pesanan pembuat (maker orders) yang kekal tertunda di dalam buku pesanan (order book) dan dilaksanakan kemudian, beliau akan dikecualikan daripada membayar sebarang yuran.
Jumlah dagangan 30 hari Jenny akan dinilai semula pada waktu tengah malam.
Nota: Yuran di bursa Hata Global dikira menggunakan kaedah yang sama. Untuk jadual yuran terkini, sila rujuk halaman Yuran Hata Global.
